
Krisis Pandemik COVID-19 Telah Lahirkan Dua Jutawan Baharu Malaysia
Halia merupakan sejenis tumbuhan digunakan sebagai rencah perasa dalam masakan. Dipercayai berasal daripada China, tumbuhan ini kemudiannya merebak penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Carribean.
Dengan rasa yang pedas dan berangin, halia ini boleh juga dijadikan sebagai minuman. Mengandungi banyak khasiat, pakar ubatan mengakui halia boleh membantu dalam meningkatkan kesihatan jantung, meredakan rasa loya dan menyahkan toksin daripada badan.
Nak tahu apa kesannya jika anda mengamalkan minum air halia selama seminggu? Teruskan membaca.
1. Mempercepatkan pencernaan
Jika anda mempunyai masalah sembelit, hanya dengan satu cawan jus halia mampu menyelesaikannya. Dengan kesan secepat tiga hari, rutin ke tandas anda akan berubah. Tiada lagi rasa tidak selesa atau senak pada bahagian atas perut.
2. Melegakan sakit sendi
Sakit sendi yang kadang-kadang berlarutan sehingga seminggu memang mengganggu perjalanan kerja seharian. Jika anda amalkan pemakanan halia, masalah ini boleh diatasi. Namun jangan pula mengharapkan kesannya datang serta merta, minum dahulu beberapa hari dan anda akan lihat kesannya.
3. Masalah senggugut
Masalah senggugut atau period pain memang menyakitkan untuk setiap wanita. Pengambilan halia setiap hari boleh menyebabkan perjalanan darah dalam tubuh menjadi lebih lancar dan akan membantu mengurangkan rasa sakit senggugut setiap kali tibanya waktu tersebut.
4. Meredakan rasa loya
Kandungan anti-oksida dalam halia bukan sahaja dapat meningkatkan pertahanan sistem tubuh tetapi juga mampu membantu menenangkan otot yang mampu menghilangkan rasa mual. Bagus untuk wanita hamil yang mengalami morning sickness, kandungan dalam halia juga bertindak melawan bakteria dan virus.
5. Menghilangkan bau badan
Tidak selesa dan malu kan jika berpeluh teruk sehingga badan mengeluarkan bau yang tidak enak? Dah banyak habiskan duit beli produk mahal untuk atasi masalah tersebut? Tak perlu risau. Amalkan sahaja minum jus halia dan masalah bau badan anda akan hilang.

Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti potassium, magnesium dan vitamin C, halia memang makanan tambahan yang baik.
Nak jadi lebih sihat? Mudah sahaja. Amalkan pemakanan halia setiap hari dan anda akan rasai perubahannya pada tubuh.
Sumber: Pop Sugar