Krisis Hong Kong: Polis Tembak Penunjuk Perasaan

Polis Hong Kong Tembak Penunjuk Perasaan
Sumber: NST

Seorang pegawai polis Hong Kong menembak sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan di abdomen semasa pertempuran yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook pagi tadi (11 November).

Rakaman menunjukkan pegawai berkenaan mengeluarkan senjatanya di daerah Sai Wan Ho dan kemudian cuba menahan seorang lelaki bertopeng di persimpangan jalan yang disekat penunjuk perasaan.

Media tempatan melaporkan polis melepaskan lima tembakan dalam kejadian di timur pulau Hong Kong. Menurut laporan stesen televisyen Cable TV, seorang penunjuk perasaan cedera dan satu rakaman video memaparkan seorang lelaki baring dan berlumuran darah. Bantahan itu menyebabkan perkhidmatan tren ke beberapa stesen terganggu.

Polis Hong Kong Tembah Penunjuk Perasaan
Sumber: BBC

Keganasan di Hong Kong tercetus lagi selepas seorang pelajar universiti meninggal dunia akibat terjatuh dari bangunan letak kereta bertingkat ketika pertembungan antara polis dan penunjuk perasaan.

Sumber: Harian Metro