
Kredit ePemula RM150 Hanya Untuk Kegunaan ‘Offline’, Ketahui Sebabnya Dan Kenapa Belia Perlu Bersyukur
Tempoh tuntutan kredit program ePemula yang diumumkan di dalam Bajet 2022 telah pun bermula mulai 11 April 2022 yang lalu.
Langkah kerajaan memberi RM150 dalam bentuk kredit e-tunai ini adalah untuk meringankan beban kewangan belia khususnya penuntut institusi pengajian tinggi.
Nilai kredit tersebut boleh dituntut sehingga 1 Jun 2022 dan boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022 melalui penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.
Walau bagaimanapun, manfaat inisiatif ePemula ini adalah untuk kegunaan secara fizikal (offline) sahaja sebagai salah satu langkah kerajaan untuk menyokong peruncit dan peniaga di Malaysia.
Menyedari hal ini, ramai golongan belia meluahkan rasa tidak puas hati serta mengambil peluang memaki hamun kerajaan menggunakan media sosial.
Seorang peguam yang juga merupakan seorang motivator dan penulis, Mufarwa Farid telah membuat hantaran berikut di Facebooknya bagi menasihati golongan belia yang dianggapnya seperti adik-adik ini.
Geram pula menengok pelajar-pelajar yang memaki hamun sebab bantuan ePemula RM150 tu hanya boleh digunakan bagi penjualan di kedai sahaja.
Dia macam ni dik,
1) RM150 tu bukan tanggungjawab kerajaan. Tu ehsan. Kiranya, kalau kerajaan bagi tu, kira tabik jugalah kat kerajaan sebab nak juga bagi duit.
2) Duit ehsan tu, memanglah duit cukai mak ayah kita. Tapi, kerajaan boleh gunakan duit cukai tu untuk benda lain.
Kalau kerajaan buat benda bermanfaat, kerajaan boleh je gunakan duit tu untuk manfaat yang kita tak nampak.
Dan kalau kerajaan jahat, kerajaan boleh gunakan untuk poket sendiri, boleh buat projek bagi kroni, boleh upgrade kereta rasmi kerajaan.
3) Sebaliknya, duit tu dia bagi kat kita. RM150 seorang. Berjuta-juta duit cukai tu, balik semula kat tangan kita, cash. Itu pun kalau mak ayah kita bayar cukai. Yang mak ayah tak bayar pun, anaknya dapat rasa sama.
4) Maka, bersyukurlah. Kalau dah kerajaan letak syarat gitu, gunakan jelah duit tu ikut syarat dia. Maki-maki macam ni, tak cun lah. Orang dah bagi duit. Terima jelah walaupun susah nak spend.
5) Dan kalau nak tahu, antara sebab lain kenapa syarat itu diletakkan adalah untuk rancakkan semula ekonomi dalam negara.
Disebabkan duit tu hanya boleh guna secara offline, kita dapat sapot peniaga lokal. Kalau duit tu boleh guna online, takut separuh daripadanya memberi untung kepada peniaga China.
6) Aku tak naklah jadi macam ‘the-masa kami dulu-person’, tapi tahun 2012 ke atas dahulu apabila kerajaan bagi baucer buku 1Malaysia, lagi ketat syaratnya.
Waktu tu, wajib digunakan hanya untuk beli buku, stationary dan barangan dari kedai buku terpilih saja. Masa tu shopping online memang takdalah.
Baucer tu memang kena gunakan untuk beli buku saja dan hanya untuk kedai berdaftar sahaja (walaupun ramai je salah guna). So, that’s how it’s work.
7) Paling-paling kurang, ePemula sekarang ni boleh beli semua benda. Langsung tak diterhadkan dengan barangan lain. Syaratnya mudah, hanya boleh beli di kedai yang boleh terima ShopeePay/TNG dan sebagainya.
Dahlah sekarang ni kebanyakan kedai dah gunakan sistem eWallet ni. Lagilahhh mudah nak gunakan duit tu. Contohnya, 99 Speedmart, semua cawangan dah guna. Banyak peniaga dah mula pakai eWallet ni, at least kat bandar-bandar besar.
8) Satu lagi isu adalah, ada pelajar yang duduk di pedalaman atau duduk di tempat yang jauhhh daripada kedai yang boleh terima ShopeePay dan TNG.
Disebabkan itu, ramai yang rasa ePemula ni bangang.
Tengok balik point 1 dan 5.
Ringkasnya, pemberian ePemula ni nak bantu dua pihak iaitu pelajar dan peniaga lokal. Ini adalah strategi kerajaan dan bagi aku, ianya sangat bagus sebab kita nampak duit tu boleh digunakan untuk manfaat rakyat sendiri.
9) Jadinya, yang duduk pedalaman atau jauh daripada kedai-kedai yang ada eWallet ni, nasihat aku, kenalah gigih mencari juga kedai yang ada.
Ingat, duit tu patutnya bukan hak kita pun. Kerajaan boleh saja gunakan duit tu untuk buat manfaat yang kita tak berapa nampak seperti tambahkan dana ke universiti atau buat projek menaik taraf sistem pendidikan online.
Tapi kerajaan ambil langkah yang ini dan ianya satu perkara yang menggembirakan sebab duit tu betul-betul kat tangan kita. Kita boleh nampak duit tu.
Memaki hamun serta mengatakan ianya pemberian yang sia-sia, bukanlah satu respon yang sepatutnya.
10) Kerajaan dah buat tanggungjawab dia dan kita pula yang kena buat tanggungjawab kita dengan gunakan wang itu dengan berhemah serta usaha nak cari tempat yang boleh terima wang tersebut.
Aku yakin, majoriti student di Malaysia ni duduk berdekatan dengan kedai atau mall yang terima eWallet. Segelintir kecil yang jauh tu, harapnya Tuhan beri kekuatan dan kemudahan supaya dapat gunakan duit tu.
11) Oh ya, ada juga yang memaki hamun kerajaan sebab frust tak dapat beli barang online yang bukan keperluan.
Ini lagiii lah tak layak memaki. Duit tu nak sapot keperluan kita dik oi. Dahulukan keperluan sebelum kehendak. Kalau tak nak dengar, lantaklah. Duit kau.
12) Kesimpulannya, tahniah dapat wang daripada kerajaan. Bila dah dapat, bersyukurlah. Kalau susah nak guna tu, ikhtiarkanlah supaya senang guna.
Sumber: Facebook Mufarwa Farid