Kreatif! Lihat Remaja Vietnam Bina Replika Ducati, Ferrari Daripada Kotak

Vietnam Bina Replika Kenderaan Daripada Kotak

Ketika menjangkau usia remaja, idea kreatif mencurah-curah dikeluarkan yang dijadikan sebagai hobi untuk masa lapang contohnya sekumpulan remaja Vietnam bina replika kenderaan daripada bahan terpakai seperti kotak.

Impian memiliki kenderaan yang diidamkan tetapi belum mampu untuk membelinya atau belum cukup umur untuk mempunyai lesen kenderaan tidak menjadi masalah apabila mampu untuk menghasilkannya dan yang penting ia turut berfungsi untuk bergerak.

Idea ini telah dihasilkan oleh sekumpulan remaja di Vietnam dengan mencipta replika motosikal berkuasa tinggi dan kereta mewah dengan hanya menggunakan kotak terpakai.

Namakan apa sahaja kenderaan mewah, sama ada Lamborghini, Bugatti mahupun Ducati semuanya boleh dihasilkan seakan sama dengan kenderaan sebenar!

Vietnam Bina Replika Kenderaan Daripada Kotak

Mereka menunjukkan hasil ciptaan melalui saluran Youtube, NHET TV yang meminati sukan permotoran membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membangunkan model mewah yang menggabungkan serpihan logam, plakad dan bahagian terpakai motosikal.

Salah seorang daripada mereka memberitahu sudah menghasilkan pelbagai kenderaan daripada kotak terpakai sejak beberapa tahun lalu. Katanya, daripada kereta kebal Israel hingga ke arca patung Kai-Xiang Zhong mampun dihasilkan dengan baik walaupun tidaklah sempurna seperti yang asal.

Vietnam Bina Replika Kenderaan Daripada Kotak

Vietnam Bina Replika Kenderaan Daripada Kotak

“Melihat kotak terpakai Lamborghini dan motosikal buatan sendiri (DIY) diilhamkan daripada Ducati bergegar di atas jalan sesuatu yang tidak pernah saya lihat sebelum ini,” katanya.

Bukan sahaja berbakat dalam penciptaan replika berkenaan tetapi pandai berjenaka membuatkan video mereka menarik perhatian penonton YouTube.

Hingga kini, lebih 300,000 peminat mengikuti saluran YouTube mereka dan kebanyakan video ditonton hingga jutaan kali, rata-ratanya adalah rakyat Vietnam sendiri.

Dalam kaji selidik daripada laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2016 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) menunjukkan bahawa pencapaian golongan remaja Vietnam adalah lebih baik berbanding di negara jiran.

Mereka juga secara konsisten mengatasi rakan sebaya di Amerika Syarikat dan Britain dalam matematik dan Sains. Patutlah apabila bab kreatif sebegini mereka yang lebih menonjol.

Tonton video cara-cara remaja ini menghasilkan replika kenderaan mewah daripada barang terpakai.

Selain kisah ini, remaja Vietnam juga kreatif menghasilkan video tarian unik memaparkan keperluan membasuh tangan berikutan krisi COVID-19.

Sumber: HM