Perintah Kawalan Pergerakan Camping Dalam Rumah

Kreatif Dan Terhibur, Netizen Kongsi Gambar ‘Camping’ Dalam Rumah Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Hari ini sudah memasuki hari ketiga berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksnakana oleh kerajaan di seluruh negara. Nampaknya, usaha kerajaan bagi membendung penularan pandemik COVID-19 semakin berhasil.

Ramai selebriti tanah air dan influencer memuat naik di laman sosial masing-masing menyeru orang ramai untuk sentiasa berada di dalam rumah sepanjang tempoh perintah ini berlangsung.

Ditambah pula, kawasan tumpuan pelancong di seluruh negara turut ditutup sekali gus tiada alasan untuk orang ramai bersiar-siar di luar. Perkara ini pastinya menyukarkan bagi mereka yang gemar berjalan-jalan atau lebih sukakan aktiviti di luar rumah.

Namun, bukanlah alasan bagi mereka untuk tidak berbuat apa-apa meskipun perlu berada di kediaman masing masing. Jika anda hanya terfikir aktiviti yang boleh dibuat di rumah seperti memasak, mengemas rumah dan membaca buku, bagi segelintir netizen mereka meluangkan masa dengan ‘bercamping’.

Menerusi perkongsian di group Facebook Family Camping Malaysia dan H&n Campsite, komuniti di situ berkongsi gambar bercamping di kawasan rumah bagi menunjukkan aktiviti yang mampu dibuat sepanjang tempoh kawalan ini.

Ya, ini mungkin boleh dijadikan idea buat anda untuk menghilangkan bosan ketika di rumah pada hari-hari yang mendatang. Bagi yang berkeluarga, anak-anak pun tidak bosan sepanjang musim cuti sekolah ini jika sekali-sekala melakukan aktiviti bercamping ini.

Jika ruang luar rumah anda tidak cukup besar atau tiada halaman rumah, boleh sahaja buat di dalam rumah asalkan anak-anak sudah terhibur dan pastinya menjadi memori manis kepada mereka.

Paling penting, pastikan anda patuhi arahan kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dan menjarakkan diri sejauh 1 meter sekiranya bergejala. Amalkan cara batuk dan selsema dengan betul seperti yang disaranakan Kementerian Kesihatan Malaysia!

Perintah Kawalan Pergerakan Camping Dalam Rumah
Sumber: FB
Perintah Kawalan Pergerakan Camping Dalam Rumah
Sumber: FB
Perintah Kawalan Pergerakan Camping Dalam Rumah
Sumber: FB