Nyanyian Lagu Negaraku Dalam Bahasa Mandarin 1

KPM Siasat Video Tular Nyanyian Lagu ‘Negaraku’ Dalam Bahasa Mandarin

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

“Nasi makan tadi tu ada letak dadah ke? Kenapa mengantuk ni?”

Kata-kata ni jadi realti.

Sebuah restoran nasi kandar di Teluk Intan diperiksa polis dan Jabatan Kesihatan beberapa hari lalu selepas menerima aduan pelanggan yang mengalami gejala lemah dan khayal selepas makan di premis berkenaan.

Hasil pemeriksaan tersebut, pihak berkuasa telah merampas sebungkus plastik lutsinar mengandungi biji kas-kas dan mengambil sampel makanan untuk pemeriksaan lanjut. Pemilik Restoran Sultana Nasi Kandar memaklumkan masakan tidak menggunakan sebarang bahan terlarang atau mengkhayalkan, namun bahan masakan seperti kas-kas ada digunakan sedikit oleh tukang masak.

restoran nasi khayal

Polis menahan tiga pekerja premis berkenaan berusia antara 30 hingga 70an selepas ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati mereka positif opiat.

Walau bagaimanapun, pemilik restoran yang dikenali sebagai ‘nasi lambai’ tersebut merayu orang ramai supaya tidak membuat andaian melulu dan menunggu sehingga keputusan ujian makmal mengenai kandungan menu makanan mereka diperoleh.

“Saya meminta orang ramai supaya jangan membuat andaian dan juga jangan menularkan sesuatu yang tiada buktinya, dan juga sebelum pihak berkuasa membuktikan apakah info atau kandungan yang sebenar.”

Pemilik restoran itu berkata, isu tular berkenaan telah menjejaskan nama baik dan perniagaan mereka yang telah beroperasi selama lebih 50 tahun tanpa sebarang masalah besar.

Setakat ini, pelanggan tetap masih berkunjung dan menjamu selera di premis itu.

Sumber: Astro Awani

Pergi Bali nak menginap hotel mana? Tonton

7 Penginapan Yang Sering Dikunjungi Di Bali

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/399359767277151/