
KPM Nafi Beri Kelulusan Terbit Dan Edar Buku Propaganda Politik Terbitan Muzium Kebudayaan Komik Asia
Semalam tular mengenai penyebaran gambar beberapa helai halaman buku komik yang memaparkan propaganda politik iaitu mengagungkan parti DAP ke pelajar sekolah di Pulau Pinang.
Komik yang berjudul ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ itu dikeluarkan oleh pihak Muzium Kebudayaan Komik di Komtar yang dibiayai oleh Kerajaan Pulau Pinang yang mana pemiliknya adalah ‘Superman’ Hew Kuan Yau.
Komik yang didakwa disebarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dikatakan sebagai ihsan pemberian Muzium Kebudayaan Komik Asia.
Diterbitkan pada April 2019, komik ini merupakan hasil kerjasama antara kurator Dr Hew Kuan Yau dan pelukis komik tempatan, Ching Po Ling yang diterbitkan dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Cina dan Bahasa Inggeris.
Parti politik DAP Pulau Pinang menolak dakwaan orang ramai bahawa mereka mempunyai kaitan dengan pengurusan muzium tersebut dan tidak mengetahui menyenai penyebarannya.
Pengerusi parti, Chow Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menolak buku komik kontroversi tersebut dengan mereka dengan alasan kerajaan negeri tidak mencampuri urusan pentadbiran muzium sebaliknya hanya memberikan peruntukan pembiayaan bayaran sewa bangunan kerana ianya adalah sebahagian daripada produk pelancongan Pulau Pinang.
Mengulas kepada kejadian ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menerusi laman Facebooknya memberitahu bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah mengeluarkan kebenaran dan kelulusan untuk pengedaran buku komik tersebut di institusi pendidikan termasuklah sekolah.
Pihak KPM turut telah mengeluarkan arahan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah supaya memastikan semua sekolah di Malaysia tidak menerima dan melakukan edaran komik ini daripada mana-mana pihak atau pembekal.
https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/posts/3219978851406699
Bukan itu sahaja, watak yang menjadi subjek dalam komik tersebut iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak turut tampil mempersoalkan perkara tersebut melalui laman Facebook peribadinya semalam.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156425706290952?__xts__%5B0%5D=68.ARD_M4YgYjlEJWDXUyzXd-H7qDgC9bEFD1kOVF6d04FhBUXdiFB_xNdRfPSfLCsSx3ZoDM7bUNf6wkUGSovyPcox6JTejYK-q8UHvJbIrBMvemEvL9Q2qamt4IjWAQbB-8_2ML7ae-wUMoZqcAFb8_2Mrkvu8b3guNXNF4jCm-w_ksJ1jMsQ_bl6uzpkpizPhmje1ms-s9b8fPWBm9vnMaoZ5dlrtBAkCdjFCY1DwiMEu0l9WbgDYKdmazKma714cppP6dE9Nm74EBrlfSeEdSrdHzOJFIShnlxH_ACcW5NFYPJdItqW8H90q_HxVTqj5M3osynPaEICQRZchMN1&__tn__=-R
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2S0SYuBpJj/