Kementerian Pendidikan Banyak Masalah

KPM Banyak Masalah Yang Perlu Diselesaikan – Dr Mahathir

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jumaat lepas, Kabinet telah memutuskan Dr Mahathir Mohamad sebagai pemangku bagi jawatan Menteri Pendidikan berkuatkuasa pada 3 Januari selepas Dr Maszlee Malik meletakkan jawatan.

Mengambil alih jawatan sementara itu sehingga Menteri Pendidikan baharu dilantik, Perdana Menteri berkata beliau akan memasuki pejabat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi kementerian itu ketika ini.

Beliau berkata antara keutamaan sebagai pemangku Menteri Pendidikan adalah untuk meneliti masalah yang berlaku dalam kementerian itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Kementerian Pendidikan Banyak Masalah

“Terdapat banyak masalah dalam Kementerian Pendidikan. Jadi, saya perlu tahu kenapa masalah-masalah itu dibangkitkan dan mencari penyelesaian,” jelasnya.

Ditanya sama ada Kementerian Pendidikan akan dipecahkan kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi, Dr Mahathir berkata perkara itu akan dipertimbangkan mengikut saranan wartawan.

Sumber: Awani