
Koyak Dengan Kecaman Siber, Wanita Israel Ini Dakwa Malaysia Bekerjasama Dengan Hamas
Israel masih koyak dengan gangguan siber Malaysia.
Israel mengejutkan dunia apabila memulakan serangan ke atas penduduk Palestin sekitar Mei lalu yang menyebabkan beratus mangsa korban.
Beberapa negara dunia mengecam tindakan Zionis Israel kerana melakukan pengusiran secara paksa dan mengguna pakai undang-undang Israel terhadap rakyat Palestin.
Sebagai menyatakan sokongan padu kepada rakyat Palestin, netizen Malaysia turut bersolidariti dengan mengecam tindakan Israel di media sosial.
Misalnya, laman Facebook Pasukan Keselamatan Israel (IDF) dihujani komen-komen dari ‘tentera bawang’ Malaysia yang rata-ratanya mengecam serta memperlekehkan tindakan pengeboman oleh pasukan berkenaan ke atas penduduk Palestin di Gaza.
Bukan itu sahaja, sekumpulan penggodam dari Malaysia yang digelar Dragon Force Malaysia melancarkan aktiviti godaman menerusi #OpsBedil ke atas pangkalan data dan akaun media sosial Israel.
Tindakan ribuan pengguna akaun media sosial Malaysia dilihat berjaya memberi tekanan kepada Israel apabila mereka dilaporkan melakukan perisikan untuk menghapuskan pemipin pejuang Hamas yang berada di dalam dan luar Gaza termasuk di Malaysia.
Perkara ini juga mungkin dipandang serius dan tidak berakhir begitu sahaja walaupun peperangan pada Mei lalu telah dihentikan.
Ia berikutan apabila seorang wanita warga Israel yang juga merupakan pengasas kepada syarikat Social Lite Creative membuat pendedahan ancaman siber yang diterima daripada ‘Malaysia Troll Army’.
Beliau memaklumkan serangan yang dibuat Malaysian Troll Army melibatkan lebih 500,000 ciapan di Twitter telah membuatkan sejumlah besar akaun berpengaruh Israel seperti Gal Gadot menjadi menjadi mangsa serangan.
Wanita itu juga mendakwa serangan siber yang dilakukan netizen Malaysia telah melangkaui standard komuniti media sosial.
Disebabkan Malaysia antara penyokong kuat perjuangan Palestin dari segi moral dan bantuan kemanusiaan, beliau juga mendakwa ia Malaysia antara negara yang menjalin kerjasama dari segi ketenteraan dengan Hamas, seperti yang dilaporkan di Jerusalem Post.
“Dengan menggunakan tandapagar #IsraelKoyak lebih dari setengah juta kali, mereka menyerang dengan menyebarkan akaun peribadi dan awam Israel secara besar-besaran untuk mendiamkan suara pro-Israel,” tulisnya.
Menerusi laporan itu, turut dinyatakan seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung Gaza, Nadir Al-Nuri menjadi dalang menyaran pengikutnya untuk menggodam akaun pro-Israel.
Padahal, beliau yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia hanyalah memaklumkan perkembangan terkini berhubung keadaan semasa di Palestin.
Laporan itu dibuat bertujuan meminta syarikat media sosial perlu mengambil tindakan tegas terhadap ‘gangguan’ yang dilakukan netizen Malaysia.
Bagaimanapun, laporan itu diraikan netizen Malaysia yang mana ia dilihat tindakan ini berjaya menekankan Israel sehingga sekali lagi trending tandapagar #Israelkoyak.