Kos Rawatan Tinggi Punca Pasangan Bunuh Anak

Kos Rawatan Tinggi Paksa Keluarga Di China Buat Pilihan ‘Bunuh’ Anak

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tahukah anda, kos perubatan di China antara yang tertinggi? Sebab itulah, sekiranya berlaku kemalangan di China, mereka enggan bertanggungjawab. Ada juga di antara mereka yang tidak menolong mangsa gara-gara risau akan bayarannya.

Disebabkan kos perubatan yang mahal, sepasang warga emas terpaksa membuat pilihan sukar iaitu ‘membunuh’ anak mereka sendiri. Mereka terpaksa memilih sama ada untuk meneruskan rawatan sama ada kepada anak lelaki atau pun menantu mereka.

Kedua-dua mereka terpaksa dimasukkan ke hospital selepas keracunan akibat daripada terhidu karbon monoksida semasa menggunakan dapur arang di rumahnya di kawasan Shaanxi.

Anak lelaki pasangan yang dikenali sebagai Cheng Gang berusia 38 tahun bekerja sebagai pemandu teksi, manakala isterinya Yang Hongyan berusia 36 tahun tidak bekerja.

Kos Rawatan Tinggi Punca Pasangan Bunuh Anak

Doktor yang merawat mereka telah mendiagnosis otak Chen telah mati hampir 50% dan perlu dibuang sebahagiannya. Walaupun sudah sedar, chen masih lagi tidak boleh bercakap manakala Yang yang juga dalam keadaan sama masih dirawat di ICU.

Yang dan Chen mempunyai anak masing-masing berusia 14 tahun (lelaki) dan 7 tahun (perempuan). Setakat ini jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk merawat mereka ada lebih 200,000 yuan (RM120,745) dan 130,000 yuan (RM78,484.25) dibantu oleh dana kutipan atas talian.

Pasangan warga emas itu terpaksa mengorbankan anak lelaki mereka kerana dengan keadaannya yang sekarang, kadar kesembuhan adalah sangat tidak pasti dan wang yang ada akan digunakan untuk merawat Yang.

Untuk sehari, kadar penjagaan intensif Chen sekurangnya memerlukan 20,000 yuan (RM12,074.50) sehari dan amaun tersebut lebih mahal daripada kadar pembayaran perubatan Yang yang hanya memerlukan separuh daripadanya.

“Kos untuk merawat dua orang terlampau besar. Jika kami guna wang yang sedikit yang kami ada, kemungkinan pada akhirnya kami langsung tidak dapat menyelamatkan keduanya dan menyebabkan anak-anak mereka membesar tanpa ibu bapa.”

Sumber: South Morning China Post

Susah juga belakang tabir permainan video ini.

BALIK TABIR : Permainan Video

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.