
Kos Makin Meningkat, Eco-Shop ‘Berat Hati’ Umum Naik Harga Barang Di Semua Cawangan
Kos Semakin Meningkat, Eco-Shop ‘Berat Hati’ Umum Naik Harga Barang Di Semua Cawangan
Kemunculan kedai harga murah di Malaysia memenuhi keperluan pengguna dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, malah ia juga menawarkan barangan dalam pelbagai kategori di bawah satu bumbung.
Setiap kali mengunjungi ke ‘kedai berhantu‘ ini, pasti walaupun sekali kita berniat untuk membeli satu jenis barang, selepas itu akan keluar dengan sekurang-kurangnya satu beg plastik penuh berisi barang.
Terbaharu, salah satu kedai serbaneka popular Eco-shop mengumumkan kenaikan harga barangan mereka kepada 10 sen yang bakal berkuatkuasa pada 1 Disember 2021.
Menerusi hantaran Facebook rasmi Eco-Shop, syarikat itu memaklumkan perubahan kenaikan harga di semua cawangannya itu disebabkan kos barangan semakin meningkat.

“Disebabkan kos barangan semakin meningkat dan pada masa yang sama, kami perlu memegang pada prinsip utama syarikat iaitu menawarkan barangan yang berkualiti, dengan berat hati, kami telah membuat keputusan agar harga jualan kami akan berubah dari RM2.10 kepada RM2.20 (Semenanjung Malaysia) / RM2.30 kepada RM2.40 (Langkawi, Sabah & Sarawak) mulai pada 1 Disember 2021.”
Pihak Eco-shop memaklumkan turut mengesali pengumuman kenaikan harga tersebut dan berharap para pelanggan terus memberi sokongan kepada jenama mereka.
Sumber: Facebook Eco-shop Malaysia