Koronavirus: WHO Isytihar Darurat Kesihatan Global

WHO Istihar Darurat Kesihatan Global Koronavirus
Sumber: BH

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis (30 Jan) mengumumkan virus korona yang telah meragut sekuarang-kurangnya 213 nyawa di China sebagai keadaan darurat kesihatan global apabila ia telah merabak ke 18 negara.

Perkara berkenaan diumumkan WHO selepas mengadakan mesyuarat di ibu pejabat pertubuhan itu di Geneva pada Khamis. Ia berikutan kes berkaitan wabak berkenaan meningkat lebih 10 kali ganda dalam tempoh seminggu.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom berkata keputusan tersebut dibuat selepas 2019-novel conovirus disahkan boleh merebak daripada manusia kepada manusia di luar negara China.

“Sebab utama pengisytiharan ini ialah bukan kerana apa yang berlaku di China tetapi kerana apa yang berlaku di negara lain.

“Keprihatinan utama kami adalah potensi virus itu untuk merebak ke negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah,” katanya.

WHO Istihar Darurat Kesihatan Global Koronavirus
Sumber: The New Humanitarian

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), empat kes jangkitan daripada manusa kepada manusia iaitu di Jepun, Jerman, Vietnam dan terbaharu di Amerika Syarikat, sekali gus timbul kebimbangan kemampuan virus itu merebak dengan lebih meluas.

Sementara itu, South China Morning Post melaporkan wilayah Hubei merekodkan 5,806 kes dengan 42 mangsa korban, angka tertinggi dilaporkan di China. Seramai 32,340 mangsa di China masih berada di bawah pemantauan, manakala 804 pesakit dalam keadaan teruk dan 290 orang dilaporkan kritikal, menurut pihak berkuasa kesihatan China.

Sumber: KKM, WHO