Koronavirus: Siapa Yang Untung, Siapa Yang Rugi?

Sumber: Bangkok Post

Setakat pagi ini, jumlah kes koronavirus yang dicatatkan ialah sebanyak 65,247 (kes aktif: 56,657) yang mana telah mengorbankan lebih kurang 1,491 orang dengan kes pulih sepenuhnya ialah 7,099.

BACA: Ketiadaan Kes Jangkitan Koronavirus Di Indonesia Cetus Persoalan Dunia

Lebih sebulan wabak ini melanda dunia, pasti ada pihak yang untung dan rugi.

Siapa yang untung?

Yang mengaut keuntungan adalah penjual topeng muka dan hand sanitizer. Disebabkan kesukaran mencari dua barangan penting yang dianggap menjadi pelindung daripada jangkitan, ada pihak-pihak tertentu yang mengaut keuntungan atas angin dengan harga jualan tidak masuk akal.

BACA: Pemuda Raih RM40,000 Dalam Masa Dua Hari Dengan Jual Sanitizer ‘Online’

Ini kerana, farmasi serta kedai-kedai kecantikan diri seperti Guardian dan Watson seringkali kehabisan stok berikutan permintaan yang sangat tinggi.

1. Bath & Body Works

Ini diakui sendiri oleh syarikat Limited Brands yang memiliki rangkaian Bath & Body Works yang mencatatkan kenaikan jualan sangat tinggi selepas penularan wabak berkenaan.

BACA: Covid-19: Sekotak Penutup Mulut Dan Hidung Di Indonesia Dijual Lebih Mahal Dari Harga Emas

Antara produk yang banyak terjual di Bath & Body Works ialah sabun dan hand sanitizer yang dianggarkan mewakili lebih kurang 20% daripada jualan keseluruhan telah meningkat antara 2% hingga 4%, sama seperti yang berlaku ketika wabak H1N1 melanda dunia sebelum ini.

Pihak Untung Dan Rugi Koronavirus Melanda

Salah seorang penganalisa daripada Evercore, firma penasihat perbankan pelaburan global terkemuka telah meletakkan Limited Brands dalam senarai Tactical Outperform disebabkan harga saham yang meningkat sehingga 28% dalam tempoh masa sebulan.

2. Top Glove

Industri pembuatan sarung tangan getah Malaysia, Top Glove Corp Bhd juga mencatatkan peningkatan pada saham mereka sehingga berjaya menguasai kedudukan teratas di Bursa Malaysia.

Pihak Untung Dan Rugi Koronavirus Melanda 1
Sumber: Nikkei Asian Review

Lonjakan sebanyak 46 sen membawa kepada RM6 (8.3%), diikuti Adventa Bhd, Kossan Rubber Industries Bhd, Supermax Corp Bhd dan Hartalega Holdings Bhd. Adventa meningkat masing-masing sebanyak 28 sen kepada 89 sen (47.11%), Kossan sebanyak 26 sen kepada RM5.01 (5.47%), Supermax sebanyak 25 sen kepada RM1.86 (15.53%) dan Hartalega sebanyak 22 sen kepada RM6.25 (3.65%).

Tetapi siapa pula yang rugi?

1. Industri Penerbangan

Wabak koronavirus menyebabkan banyak perintah kuarantin dilaksanakan telah memberikan kesan besar kepada industri penerbangan.

Banyak negara membatalkan penerbangan ke atau dari China antaranya Vietnam yang mencatatkan kerugian sehingga USD10.8 juta; kejatuhan sehingga 20% hingga 30% dalam masa dua minggu telah menjejaskan 70,000 pelancong.

Pihak Untung Dan Rugi Koronavirus Melanda 2

Malah disebabkan penularan dan insiden ini juga menyebabkan beberapa syarikat penerbangan terpaksa menaikkan harga tiket dua kali ganda daripada biasa.

2. Syarikat Perhotelan

Sekiranya industri penerbangan terjejas, ianya secara tidak langsung akan memberikan kesan pada industri perhotelan. Tidak kurang juga industri perhotelan di Malaysia yang telah mencatatkan kerugian sehingga RM40 juta.

Siapa Yang Untung Dan Rugi Koronavirus
Sumber: Malay Mail

Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Tan Kok Liang mengesahkan sebayak 95,000 tempahan hotel telah dibatalakan sejak wabak koronavirus melanda. Majoriti daripada tempahan itu dilakukan oleh pelancong China selepas kerajaan China menghalang agensi pelancongan membawa rakyat China ke Malaysia.

Sumber: Majalah Labur, CNBC, NST, Harian Metro,