Ini Yang Akan Berlaku Di Korea Utara Sekiranya Kim Jong-un Dilaporkan Meningal 1

Korea Utara Isytihar Darurat Selepas Catat Kes Pertama COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Korea Utara isytihar darurat dengan catatan kes pertama semalam.

Susulan mencatatkan kes pertama semalam, Korea Utara telah mengisytiharkan darurat di republik tersebut.

Mangsa pertama dipercayai merupakan seorang pelarian yang lari ke Korea Selatan tiga tahun lalu telah melintas sempadan dari Korea Selatan masuk ke Korea Utara di kota Kaesong pada 19 Julai lalu.

Menurut satu media antarabangsa, mangsa yang kini sedang menjalani kuarantin bakal dikenakan hukuman berat atas arahan Presiden Korea, Kim Jong-un.

BACA: Sisi Gelap Yang Perlu Ri Sol-ju Lalui Sebagai Isteri Kim Jong-un

Dalam pada masa yang sama, pihak berkuasa juga sedang mengesan individu yang pernah menjalankan kontak rapat dengan mangsa.

Korea Utara Isytihar Darurat Susulan Catat Kes Pertama COVID-19
Sumber: NST

Di saat dunia sudah mencatatkan 16.42 juta kes dengan korban seramai 652,343 orang dan kes aktif sekitar 6.4 juta, ini merupakan kes pertama yang dicatatkan di Korea Utara.

BACA: Di Sebalik Ketiadaan Kes, Ini Yang Korea Utara Cuba Sembunyikan Dari Dunia

Biarpun sebelum ini ada desas desus yang mengatakan Korea Utara cuba menyembunyikan kes, republik yang terkenal dengan sikap tertutup itu tetap diam tidak mengulas apa-apa mengenainya.

Terletak bersebelahan China, Korea Utara mula melaksanakan langkah pengawalan yang ketat bagi memastikan rakyat republik itu bebas daripada dijangkiti.

Hasil daripada langkah tegas berkenaan Pengarah Jabatan Kecemasan Anti Wabak, Park Myong Su memberitahu Korea Utara berjaya mencatatkan rekod itu.

Langkah-langkah pencegahan seperti pemeriksaan dan kuarantin terhadap semua yang memasuki negara selain daripada melakukan proses pembasmian kuman, menutup sempadan dan menghalang jalan laut serta udara.

Sumber: The Guardian