
‘Kopi Kenangan’ Dari Negara Jiran Bakal Takluk Dunia, Malaysia Jadi Destinasi Pertama
Kopi Kenangan dari Indonesia yang mula beroperasi sejak 2017 kini dilaporkan telah memiliki lebih 600 premis di 45 bandar di seluruh negara tersebut dan setakat ini telah menyumbangkan lebih 4,000 tenaga kerja.
Menjelang akhir 2022, khabarnya Kopi Kenangan akan melangkah ke peringkat global dengan mula bertapak di sekitar Lembah Klang dan membuka cawangannya di Suria KLCC, Sunway Pyramid, Pavilion, NU Sentral, MyTown dan banyak lagi.
Jom kita lihat fakta menarik dan apa sebenarnya kekuatan yang menjadi faktor kejayaan Kopi Kenangan selama ini yang dikongsikan oleh Faridzul Asyraf Mat Arifin di laman Facebooknya berikut:
KOPI KENANGAN DI MALAYSIA, APA YANG PERLU KITA TAHU?
Kopi Kenangan adalah start up pertama Unicorn di Asia Tengara dalam bidang retail FnB. Biasanya unicorn kita dengar start up dalam bidang teknologi, Kopi Kenangan buat pertama kali buktikan walaupun dalam retail, mereka mampu capai status ini.
Dan bagi saya, ia jauh lebih stabil memandangkan revenue based company!
Bermula pada 2017, mereka capai status ini pada Januari 2022. Kurang 5 tahun! Sudah pasti banyak boleh dipelajari dari Start Up Indonesia ini. Mereka umumkan akan go global pada q4 dan Malaysia merupakan negara pertama mereka akan buka.
Saya kongsi 4 fakta menarik mengenai mereka khas untuk peminat kopi
1) Bukan sekadar Kopi
Of course nak jadi unicorn nak tak nak kena masukkan elemen data dalam syarikat. Dan data mereka dapat ini bukan sekadar meletakkan mereka sebagai tech start up malahan membantu mereka memperkenalkan brand mereka dengan lebih tersusun. In house apps mereka miliki katanya cukup mesra pengguna dan ini menjadikan mereka juara berbanding brand kopi lain di Indonesia.
2) Kenangan Coffee, bukan kopi kenangan
Walaupun nama Kopi lagi dekat dengan kita, tapi kita mungkin takkan jumpa nama Kopi Kenangan di Malaysia tapi akan jumpa Kenangan Coffee. Ia adalah strategy go global mereka yang mana akan gunakan nama Kenangan Coffee di luar Indonesia.
3) Bukan franchise
Berita tak berapa baik adalah Kopi Kenangan tak buka franchise sebaliknya mereka beroperasi dibawah satu bumbung. Mereka sekarang ni ada lebih 4000 pekerja dan ikut linkedin jawatan kosong mereka sedang merekrut untuk jawatan di KLCC, Sunway Pyramid, Pavillion, NU Sentral dan MyTown. Kenapa tu sebab mereka mahukan kualiti yang sama di setiap outlet mereka.
4) Sister Company
Selain Kopi, mereka juga ada syarikat lain yang menjual makanan selain kopi. Cerita Roti yang menjual roti yang pelbagai, Chigo menjual ayam goreng pop corn, wing pelbagai perisa dan Kenangan Manis yang menjual biskut yang sedap sedap. Ini adalah startegy leverage yang bijak kerana selain ambil dari 3rd party, mereka bina sendiri untuk besarkan lagi valuation mereka.
Pengasas Kopi Kenangan juga merupakan orang lama dalam FnB, sebelum Kopi Kenangan meletup, mereka cuba dalam industri roti dan jualan tea tapi tidak berapa berjaya. Walaupun tak berjaya, tapi ia adalah pengalaman yang membantu Kopi Kenangan menjadi seperti sekarang.
Memang ya begitu banyak brand kopi yang sedang wujud sekarang. Walaupun bukan peminat kopi saya juga terdorong membeli untuk merasai kopi brand brand ni. Nak jugak tengok bagaimana Kopi Kenangan boleh survive dalam market yang begitu hebat ni atau strategy mereka untuk go global adalah tepat dan membantu menaikkan nilai valuation mereka.
Good luck Kopi Kenangan!
BACA: Bagaimana ZUS Coffee Dapat Menakluki Pasaran Kopi Di Malaysia Dalam Masa Yang Singkat
Sumber: Faridzul Asyraf Mat Arifin
Trending now



