WOW! Malaysia Music Festival Gembox Nilai

Konsert PERCUMA! Jom Layan WOW! Malaysia Music Festival di GEMBOX, Nilai Pada 15 September Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jom layan konsert PERCUMA dan ‘countdown’ Hari Malaysia!

Menampilkan artis berbilang bangsa yang akan bersama-sama menyemarakkan WOW! Malaysia Music Festival pada 15hb September 2022 ini hanya di GEMBOX, Nilai.

WOW! Malaysia Music Festival di GEMBOX, Nilai menyemarakkan lagi industri muzik tempatan yang semakin rancak selepas pandemik Covid-19 bersempena dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Sebanyak 11 Artis dan KOL tempatan terkenal yang terdiri daripada berbilang bangsa akan membuat persembahan dalam konsert ini dan juga kira detik (countdown) bersama menyambut Hari Malaysia (Malaysia Day).

WOW! Malaysia Music Festival yang dianjur oleh GEMBOX, YM International dan On Muse Entertainment sebagai penganjur bersama telah membariskan 11 penyanyi popular, artis dan KOL seperti Datuk Sheila Majid, Alvin Chong, Dolla, Masha Mashitah, Rynn Lim, Jeryl Lee, Phei Yong, Danny Koo, Chang Yong, Chang Le, Susan, Pink Tan, dan bakat baharu Lil J. Konsert ini akan berlangsung selama 180 minit, dan lebih daripada 30 buah lagu akan dipersembahkan pada malam tersebut.

WOW! Malaysia Music Festival Gembox Nilai

DOLLA amat bangga dapat menyertai WOW! Malaysia Music Festival

DOLLA yang mempunyai gelaran “Blackpink Malaysia” menarik perhatian ramai apabila tampil dengan genre seakan Kpop serta menunjukkan tarian yang cukup rancak. Bagi DOLLA, ini adalah detik bersejarah kerana merupakan kali pertama mereka menyertai konsert kira detik Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Alvin Chong bakal mempersembahkan lagu baharu

Alvin Chong adalah seorang pelakon, penyanyi dan pengacara Malaysia kelahiran program realiti, Astro Star Quest (ASQ). Dia mula menempa nama dalam industri hiburan Melayu menerusi drama popular, Dia Semanis Honey. Dia juga pernah muncul dalam banyak drama Melayu seperti 3 Gadis Manis dan Suri Hati Mr Pilot. Alvin yang mempunyai 134 juta pengikut berbilang bangsa di IG bukan sahaja pernah menerbitkan lagu berbahasa Mandarin tetapi juga menerbitkan lagu berbahasa Melayu dan Inggeris seperti Lagu Mu, Girl Went Gone, Tak Terganti. Alvin mengulas bahawa, persembahan terbuka kali terakhirnya adalah pada tahun 2021. Dia amat gembira dapat berjumpa dengan Sheila Majid dan DOLLA. Tidak ketinggalan, dia juga mengesahkan bahawa bakal mempersembahkan lagu baharu di pentas WOW! Malaysia Music Festival.

Rynn Lim dan Datuk Sheila Majid muncul di pentas yang sama selepas 15 tahun

Pada tahun 2007, Rynn telah bergabung tenaga dengan Datuk Sheila Majid menghasilkan sebuah lagu duet berjudul Melodi. Ramai peminat berharap mereka boleh berduet lagu yang bermakna ini pada malam tersebut kerana dikatakan lagu ini telah mendekatkan jarak antara kaum. Kerjasama mereka diteruskan dalam lagu yang berjudul Wira Hatiku. Rynn Lim telah menghasilkan lagu ini yang berbahasa Melayu istimewa buat barisan hadapan yang berjuang membedung penularan wabak pandemik Covid-19 dan telah menjemput Datuk Sheila Majid untuk menyanyikan lagu ini. Ia juga merupakan lagu tema filem Juang.

Jeryl Lee dan Masya adalah penyanyi tempatan yang menempa nama melalui pertandingan nyanyian

Jeryl Lee mulai popular selepas dia muncul dalam program Sing! China yang disiarkan saluran Zheijang Television. Dia berasa amat bangga kerana dapat undangan untuk menyertai aktiviti yang bermakna ini. Dia turut mendedahkan akan menyanyi lagu baharu yang masih belum diterbitkan.

Masya yang pernah menjadi juara program Ceria Pop Star 2014 telah mendapat sambutan daripada peminat bukan sahaja kaum Melayu dan juga kaum Cina. Dia mendapat perhatian dalam masyarakat Cina kerana sering cover lagu-lagu Mandarin. Masya dan Jeryl pernah dipilih untuk duet lagu yang berjudul Bahu Kiri iaitu lagu yang melambangkan persahabatan antara China dan Malaysia. Mereka dipilih kerana penerimaan ramai terhadap mereka di kedua-dua negara.

Pink Tan Kembali ke Pentas Besar selepas bersalin

Pink Tan yang memberikan fokus kepada keluarga terutamanya selepas melahirkan anak sejak dua tahun yang lalu akhirnya kembali ke pentas besar. Dia berasa amat gembira diberi peluang untuk membuat persembahan di GEMBOX. Pada masa yang sama, dia juga berasa gementar kerana ini merupakan persembahan pertamanya di pentas besar selepas bersalin.

Dannyboy, Chang Yong, Chang Le, Susan – Pengalaman pertama di pentas besar

Saban tahun, Dannyboy, Chang Yong, Chang Le dan Susan yang merupakan pencipta kandungan kreatif telah mengeluarkan beberapa buah lagu viral. Ini merupakan pengalaman pertama mereka membuat persembahan di pentas besar. Mereka berharap tiada apa-apa kesilapan yang akan berlaku pada malam tersebut.

Apabila ditanya sama ada akan bertimbang untuk menubuhkan satu kumpulan muzik tempatan supaya mempunyai lebih banyak peluang untuk mempersembahkan di pentas yang lebih besar, mereka berpendapat bahawa, selain penyanyi, mereka masih berpeluang berdiri di pentas besar dengan identiti yang berbeza seperti pengacara, pelakon dan lain-lain lagi kerana mereka mempunyai kelebihan masing-masing.

Kemasukan PERCUMA

WOW! Malaysia Music Festival akan berlangsung pada 15hb September 2022, pukul 8 malam di GEMBOX, Nilai. Kemasukan ke WOW! Malaysia Music Festival adalah PERCUMA. Selain itu, sekiranya pelawat menambah nilai sekurang-kurangnya RM100 ke GEMBOX App, mereka boleh menebusi tiket “Rock Zone” di kaunter yang disediakan.

Banyak aktiviti turut disediakan pada malam tersebut. Pelawat boleh menikmati makanan tempatan dari 13 negeri dan juga persembahan bunga api sempena menyambut Hari Malaysia.

Maklumat lanjut berkenaan dengan penebusan tiket, sila layari ke www. gembox.com.my ataupun ikuti media sosial GEMBOX.

Social Media Rasmi GEMBOX

Laman Web: gembox.com.my
Facebook: facebook.com/gemboxnilai
IG: instagram.com/gembox.malaysia