
Konsert MUSE Berpindah Ke Stadium Nasional Bukit Jalil
Berita baik bagi semua peminat MUSE!
Sebagai respons terhadap sambutan yang sangat menggalakkan, pihak MUSE kini sedang berpindah ke tempat yang lebih besar dan lebih baik!
Artikel berkaitan:
-
Anwar Ibrahim Sambut Coldplay Dalam Jelajah The Music Of The Spheres World Tour
-
Tan Sri Michelle Yeoh Kebanggaan Negara – Tak Kisah Pun ‘Speaking’ Bunyi ‘Manglish’
Mereka tidak mahu anda terlepas peluang untuk menyaksikan MUSE “Will of The People” World Tour secara langsung di Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Julai 2023.
Ini akan menjadi pertunjukan MUSE satu-satunya di Asia!
Pihak MUSE akan memulakan jualan tiket pada jam 11 pagi 2 Jun 2023 di www.ticket2u.com.my.
Mereka menanti untuk bertemu anda pada 29 Julai ini!
Bagaimana untuk pembeli terdahulu?
Adakah tiket yang dibeli sebelum ini masih sah untuk tempat baru?
Bagi mereka yang sudah memiliki tiket, pihak MUSE akan menghantar tiket yang dikemaskini melalui e-mel. Tiket baru tersebut dapat digunakan untuk memasuki acara di lokasi baru.
Bagaimana perubahan tempat akan mempengaruhi susunan tempat duduk?
Tiket untuk Zon A, Zon B & Zon C akan tetap sama.
Susunan tempat duduk untuk zon-zon lain akan disesuaikan untuk memuatkan tempat baru. Tiket yang dikemaskini akan dihantar dan tempat duduk yang sebanding akan diberikan untuk tempat baru.