Konsep ‘Kena Gam’ Tak Pilih Kasih, Lagu Nyanyian Sumbang Turut Kena Tempias 4

Konsep ‘Kena Gam’ Tak Pilih Kasih, Lagu Nyanyian Sumbang Turut Kena Tempias

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pada tahun 1980-an, stesen penyiaran Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) memang terkenal dengan ketegasan dalam siaran lagu menerusi platform mereka.

Disebut sebagai ‘kena gam’, konsep ini tidak hanya terikat kepada lagu-lagu yang mempunyai lirik kurang sopan tetapi juga melibatkan lagu-lagu yang tidak enak didengar atau pun sumbang.

Konsep ‘Kena Gam’ Tak Pilih Kasih, Lagu Nyanyian Sumbang Turut Kena Tempias 2

RTM pada ketika itu bertindak sebagai sebuah ‘badan pakar’ bukan sekadar bijak menilai teknik nyanyian, tetapi juga permainan muzik. Malah perkataan-perkataan santai atau bahasa pasar yang menggunakan bahasa pasar turut menjadi sebab ianya diharamkan untuk disiarkan.

Antaranya yang sering menjadi mangsa konsep ini ialah mereka yang menyampaikan lagu-lagu bergenre hip hop, atau pun lagu yang mencampurkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris seperti kumpulan KRU.

1 KRU Ramal masa depan Dengan Lagu 2020

Namun usaha RTM menjadi kurang berkesan selepas banyak stesen radio swasta seperti Hitz FM, 988 FM, Mix FM dan Best FM yang mula menyiarkan lagu-lagu yang diharamkan di RTM pada pertengahan 1990-an.

Tambahan pula genre hip hop semakin berkembang pesat dengan penggunaan bahasa rojak secara meluas.

BACA: M. Nasir Pernah Digam Hanya Kerana Pertanyaan ‘Siapa Mahathir?

Satu laporan pada April 1989 mendedahkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 1989 sebanyak 71 buah lagu daripada 20 album tempatan telah diharamkan, 48 lagu disebabkan kerana nyanyian, lapan lagu kerana masalah teknikal vow, satu lagu kerana lagu saduran, satu lagu kerana seni kata dan enam lagu kerana ciptaan dan gubahan yang tiada keaslian.

Lagu-lagu yang diharamkan tadi akan ditandakan secara manual di kulit album sebagai panduan kepada juruhebah radio untuk tak menyiarkannya.

Antara kumpulan yang paling banyak lagu mereka digam ialah kumpulan rock Ababil yang juga dikenali sebagai History.

Senarai lagu yang pernah ‘digam’ RTM

Konsep ‘Kena Gam’ Tak Pilih Kasih, Lagu Nyanyian Sumbang Turut Kena Tempias

Pada tahun 90-an juga, stesyen televisyen swasta mula berkembang dan popular sehingga kini antaranya Astro Malaysia dan Media Prima (dahulunya dikenali sebagai Sistem Televisyen Malaysia Berhad) sehinggakan ada tertubuhnya Akademi TV3.

Konsep ‘Kena Gam’ Tak Pilih Kasih, Lagu Nyanyian Sumbang Turut Kena Tempias 3
Sumber: En Rudi Chia

Sumber:

  1. Arkib Negara
  2. Aqil Syakir