
Kongsi Jualan Air Tumpah, Ahli Group ‘Suami Masak Apa Hari Ini’ Tunjuk Semangat Brotherhood
Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), satu group Facebook telah dibuka khas buat para suami berkongsikan bakat serta resipi mudah mereka. Yang terbaharu, seorang rakan group ‘Suami Masak Apa Hari Ini’ telah ber kongsi jualan air bagi membeli baju raya tidak dapat dijual kerana sudah tumpah.
Apa yang menariknya, perkongsian tersebut membawa kepada semangat brotherhood yang tidak terbelah bahagi daripada ahli group yang lain.
Kongsi jualan air tumpah, ahli group Suami Masak Apa Hari Ini? tunjuk semangat brtherhood
Melihatkan pada musibah yang menimpa lelaki tersebut, ramai yang mahu menghulurkan bantuan, bukan sahaja daripada segi pemberian baju raya malah sumbangan kewangan.
Tidak lupa kembali memberi selepas menerima, hasil daripada sumbangan yang diterima, lelaki berkenaan dapat menyediakan sedikit makanan untuk disedekahkan kepada orang ramai.
Meskipun saling tidak mengenali antara satu sama lain, rata-rata cuma membantu dan menyebarkan kebaikan selaras dengan tujuan group berkenaan dihasilkan.
Group yang sudah memiliki lebih 224,000 ahli ini hanya dikhaskan untuk golongan suami dan bakal suami sahaja dan kaum isteri tidak dibenarkan menyertainya.
BACA: Sederhana Tapi Penuh Makna, Ini Kelebihan Sugu Pavithra Yang Tiada Pada Youtubers Lain
Menjadi platform untuk para suami bertanyakan sebarang kemusykilan mengenai hal-hal masakan, sudah ada rancangan untuk ahli group mengadakan reunion sebaik sahaja PKP ditamatkan.
Meskipun menerima ramai permintaan daripada kaum wanita untuk menyertai group ini, admin group tetap dengan pendiriannya bahawa hanya lelaki yang bergelar suami dan bakal suami sahaja dibenarkan untuk menyertainya.