Konflik Sempadan Himalaya Xiaomi India Naikkan Papan Tanda Baru ‘Made In India’

Konflik Sempadan Himalaya: Xiaomi India Naikkan Papan Tanda ‘Made In India’ Dalam Kempen Boikot China

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Angkara pertembungan di sempadan China dan India, konflik sempadan Himalaya memburukkan ketegangan sedia ada di kedua-dua buah negara yang memiliki populasi rakyat paling tinggi di dunia ini.

Disebabkan ketegangan ini, India mengambil langkah mengharamkan hampir 60 aplikasi China atas alasan khuatir dengan masalah keselamatan dan privasi data rakyat mereka.

https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/1963645497101990/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARDwM2lg1uAM9oKFuV0D0sEYQRHflLfGv6ZY_Zqw-iCrJoR9q_zvi19yG55tqvXxVOyiKjDyfu67GIssNHRULqsJ2RCcMZmRBrZOU8Rc_fl01n8fOmqLV7SXtFNY3Zm8L8BA7SkLgTsE8njovHJHwG7TSLSJsL_Fd4B3RQwrqM0TC98bEHu5MJWRGuJFai8IR2tvu2z4QMxCLp5bwapWZpeqjqli58hBtmEbAOk3u6kUk_cGRsOv5oK74C80jSrvpbJBL5Hbq43lfZWu60GuEZXMZxZYejSFoxIOvr_07fI5Eu1EfdQD_AUiSXYY7Omcjkug6qCDfpO2c6ulxN261O2mlsRl&__tn__=-R

Dalam usaha kempen memboikot barangan China, sebuah bilik pameran Mi (Mi Store) di Kolkata didapati telah menurunkan papan tanda Xiaomi dan menggantikannya dengan perkataan ‘Made in India’ yang mana warna latar belakangnya hampir sama dengan warna logo asal.

Salah seorang pelanggan ketika ditanya mengenai pertukaran papan tanda itu menerangkan selagi mana produk dikilangkan sepenuhnya di India, ianya boleh diterima. Tetapi sekiranya sesetengah bahagian dibawa dari China dan dipasang di sini, dan tetap mempamerkan tanda ‘Made in India’ ianya telah membawa kepada salah faham pelanggan.

BACA: Khuatir Gugat Keselamatan Negara, India Mahu Sekat 53 Aplikasi Dari China

Konflik sempadan China-India ini pernah terjadi pada tahun 1962 dan isu utama yang menjadi alasan kepada berlakunya peperangan adalah sempadan Himalaya, namun sebenarnya isu-isu lain turut memainkan peranan dalam meningkatkan lagi ketegangan sedia ada.

Konflik Sempadan Himalaya Xiaomi India Naikkan Papan Tanda Baru ‘Made In India’ 1
Sumber: Asia Nekkei

Pada ketika itu dua kawasan yang dipertikaikan adalah Arunachal Pradesh (timur) dan Aksai Chin (barat). Perang yang dimulakan pada 20 Oktober 1962 itu akhirnya menyaksikan China mendapat kawalan sepenuhnya daripada keseluruhan Aksai Chin dan menarik diri dari keseluruhan Arunachal Pradesh selepas China mengisytiharkan gencatan senjata pada 21 November 1962, dan mengumumkan bahawa mereka akan menarik diri untuk kedudukan 7 November 1959.

Sumber: India Today