
Konflik Iran-AS: Bakal Kenakan Sekatan, Trump Sedia Berbaik Semula Demi Keamanan
Umum sedia maklum, hubungan antara Iran dengan Amerika Syarikat semakin tegang selepas pembunuhan komander tertinggi Iran, Qassem Soleimani pada 3 Januari lalu.
BACA: Iran Tawar RM320 Juta Untuk Kepala Trump, Ancam Serang Rumah Putih
Susulan daripada itu, Iran berjanji akan membalas dendam di atas kematian Qassem dan menawarkan RM320 juta buat sesiapa yang dapat membunuh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan mengancam untuk menyerang Rumah Putih.

Iran kemudiannya mula melancarkan serangan balas berupa peluru berpandu ke atas beberapa pangkalan udara di Iraq yang menempatkan tentera Amerika Syarikat. Malah jet pejuang jenis US F-35 juga sudah dilancarkan dari ruang udara UAE ke Iraq.
BACA: Dunia Mencemburui Ekonomi Amerika Syarikat – Donald Trump
Dalam satu rakaman siaran langsung The White House, Trump meluahkan hasratnya untuk tidak membalas serangan Iraq menggunakan kuasa ketenteraan dan bersedia untuk berbaik demi keamanan.
LIVE: President @realDonaldTrump Addresses the Nation https://t.co/vRH9gVAD0N
— The White House 45 Archived (@WhiteHouse45) January 8, 2020
Menurut Trump, beliau (Amerika Syarikat) bersedia untuk membuat rundingan bersama Iran seperti apa yang pernah kedua negara ini jalinkan sebelum ini.
Namun Trump menegaskan Amerika Syarikat tidak akan membekalkan senjata nuklear kepada Iran pada masa akan datang selain daripada mengenakan beberapa sekatan baharu kepada negara tersebut.
Sekiranya perang antara Iran dan Amerika Syarikat berlangsung terus , yang menjadi mangsa adalah negara-negara yang berada di rantau Timur Tengah kerana wujudnya proksi dan sekutu kepada kedua-dua kuasa di rantau tersebut yang akan membawa kepada pergelutan sesama negara di rantau Timur Tengah.
Sumber: CBS News
Trending now



