Kompilasi Iklan Raya 2020, Biarpun Sedikit Berbeza #RayaTetapRaya

Berikut beberapa kompilasi iklan raya 2020.

Setiap kali tiba musim perayaan, pastinya kita semua ternanti-nantikan iklan yang dibuat khas sempena dengan perayaan yang disambut.

Untuk tahun ini, iklan untuk Hari Raya Aidilfitri sedikit berbeza kerana disambut dalam keadaan dunia dilanda wabak pandemik COVID-19 dan Malaysia sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sesuai dengan tema #RayaTetapRaya, tonton kompilasi iklan raya 2020 di bawah:

1. PETRONAS – Antara Dua Jendela

Mengisahkan mengenai kisah cinta yang merentasi jarak dan masa, iklan Petronas untuk kali ini agak berbeza kerana ditampilkan dalam bentuk animasi.

“Kebahagiaan yang dirindui sebenarnya ada di depan mata. Namun ia akan terlihat dengan hati yang dibuka.”

2. ADABI – #AdabiRayaTetapRaya

Meskipun jauh di mata, kebersamaan tetap tidak dilupakan.

3. MAXIS – Suasana Syawal Sempurna

Walaupun Syawal kali ini disambut dalam keadaan yang kurang sempurna, ianya pasti memberikan keriangan kerana dalam kesusahan ada keindahannya.

4. SAJI – Kuah Kacang Ibu

Tak lengkaplah sambutan Raya kalau tiada menu kuah kacang dan nasi himpit kan? Nak tahu resipi rahsia kuah kacang istimewa, tonton video di bawah:

5. TNB – #SemangatRayaEpikFantastik

Menampilkan kembali Jero si kucing gebu, iklan raya TNB kali ini lebih santai namun tetap menghiburkan.

6. TM

Antara yang paling awal keluarkan iklan raya, Telekom Malaysia tampil dengan mesej yang padat. Hanya dengan kompilasi gambar situasi yang dihadapi sekarang diiringi dengan instrumen mendayu cukup boleh membuatkan penonton menangis.

Selain daripada iklan-iklan di atas, anda juga boleh throwback kompilasi iklan Raya 2019 DI SINI.

Kompilasi Iklan Raya 2020 #RayaTetapRaya

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.