
Kod Pakaian Majlis Konvokesyen UKM: Tindakan Yang Wajar Atau Satu Diskriminasi?
Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ke-50 yang dijadualkan berlangsung mulai 26 November sehingga 1 Disember tidak lama lagi telah mencetus kontroversi apabila kod pakaian yang dikeluarkan oleh pihak universiti melarang pemakaian saree dan cheongsam.
Isu ini kemudiannya menjadi semakin tular setelah pihak penganjur menerima kecaman dari pelbagai pihak di media sosial yang menganggap larangan tersebut sebagai salah satu bentuk diskriminasi.
Meskipun isu ini telahpun dianggap selesai setelah penarikan semula larangan tersebut dibuat, namun masih lagi kedengaran suara-suara yang mempersoalkan tujuan sebenar UKM itu.
Muhammad Azim dari Multiracial Reverted Muslims – MRM mengupas isu ini dengan mengajak orang ramai untuk cuba melihatnya dari sudut yang berbeza melalui hantaran yang dibuat di Facebooknya berikut:
Saya perasan ada satu isu yang tular di Twitter berkaitan kod pakaian majlis konvokesyen UKM.
Di mana dalam kod pakaian tersebut ada dinyatakan saree dan cheongsam adalah pakaian yang dilarang untuk majlis rasmi tersebut.
Isu ini dilaporkan media berbahasa Inggeris Battle For Malaysia News (BFM News).
Apabila kita baca ruangan komen Twitt dari BFM, kita akan mendapati begitu banyak komen berbentuk memerli dan sarkastik terhadap Islam kononnya Islamisasi menjadi punca saree dan cheongsam tersenarai sebagai salah satu pakaian yang dilarang untuk majlis rasmi tersebut.
Ada yang berkata perkara ini adalah satu tindakan diskriminasi bangsa kerana menolak baju kebudayaan bangsa Cina dan India dalam majlis rasmi.
Apakah mereka-mereka ni tidak memerhatikan gambar kod pemakaian tersebut, saree dan cheongsam yang digambarkan dalam gambar tersebut adalah style moden yang seksi dan banyak menampakkan bahagian-bahagian badan yang tidak sepatutnya. Tidak menggambarkan kesopanan dan kesusilaan masyarakat kita.
Lantas kenapa perlu dikaitkan dengan agama Islam ataupun bangsa Melayu sahaja apabila melibatkan kesopanan dan kesusilaan?
Adakah mereka lupa asal usul identiti budaya dan kesopanan bangsa dan agama mereka? Adakah mereka lupa bahawa asal usul orang di Asia terutamanya wanita Asia memakai pakaian yang longgar dan menutup penuh sebagai simbolik nilai budaya dan sifat peramah serta sopan santun mereka?
Jika mereka mengatakan pakaian seperti itu telah ketinggalan zaman dan tidak bertamadun, lantas mengatakan bahawa seluar pendek, mini skirt dan pakaian yang mendedahkan tubuh badan mereka sebagai pakaian modern, persoalannya adakah itu kayu ukur kepada kemodenan?
Berpakaian seksi seakan bertelanjang? Jika itu dianggap pakaian moden, maka haiwan jauh lebih moden berbanding mereka.
Tapi bro, kita jangan generalise kan pakaian saree dan cheongsam semua macam tu, ada yang longgar dan menutup penuh.
Betul kita jangan generalise kan sebab itu dalam gambar kod pemakaian tu meletakkan gambar yang specific, style moden.
Okay, kalau macam tu benarkan lah pakai pakaian tradisional yang longgar dan menutup penuh seperti yang dilakukan di universiti negara China dan India. Disana mereka melarang pakaian tradisional yang ketat dan seksi tetapi membenarkan yang longgar dan menutup penuh.
Perihal kebenaran untuk pakai pakaian tradisional tu kita serahkan kepada pihak universiti tempatan kita kerana itu adalah majlis rasmi mereka dan hak mereka.
Tapi, UKM kan universiti kebangsaan. Ia tak menggambarkan kebangsaan pun kalau menolak pemakaian tradisional malaysia.
Nama pun Universiti Kebangsaan, jadi apa Baju Kebangsaan Malaysia (Malaysia’s National attire) bagi sebuah majlis rasmi? Bukan baju tradisional ya tapi kebangsaan.
Baju Melayu bagi lelaki (tidak kira bangsa dan agama)
Baju Kurung bagi wanita (tidak kira bangsa dan agama)
Jadi, apa yang dilakukan oleh UKM tu diskriminasi ke? Adakah wajar mereka-mereka yang Islamophobic dan Malayphobic ini kaitkan hal ini dengan Islam dan bangsa Melayu?
Saya serahkan pada sahabat-sahabat sekalian untuk menilai sendiri.
#kitajagakita #keluargamalaysia #islam #ukm #muslim #multiracialrevertedmuslims
BACA: Momen ‘Tunduk Hormat’ Graduan UKM Pada Ibu Bapa, Pensyarah Undang Rasa Sebak Netizen
Sumber: Muhammad Azim