Koala Mati Dalam Kebakaran Hutan 1

Koala Mangsa Kebakaran Hutan Di Australia Mati Selepas Seminggu Diselamatkan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seekor koala yang menarik perhatian dunia kerana berjaya diselamatkan seorang wanita, Toni Doherty daripada kebakaran hutan di Australia dikhabarkan terpaksa disuntik mati selepas didapati gagal pulih daripada kecederaannya.

Koala jantan yang diberi nama Lewis itu diselamatkan di lebuh raya Oxley berdekatan New South Wales daripada hangus dijilat api seperti ratusan koala yang lain; jika mengikut kajian para saintis ribuan ekor koala sebenarnya sudah mati dari daerah New South Wales hingga Queensland.

Keputusan ‘mematikan’ Lewis diambil selepas pihak Hospital Koala Port Macquarie berusaha menyelamatkan haiwan berusia 14 tahun dengan beberapa siri penjagaan rapi sejak awal ketibaannya.

Koala Mati Dalam Kebakaran Hutan

Namun kecederaan yang dialaminya haiwan malang itu sukar untuk dirawat menyebabkan mereka terpaksa mengambil keputusan tersebut sebagai jalan terbaik untuk koala tersebut.

Populasi koala yang semakin meruncing menyebabkan timbulnya kerisauan buat kerajaan Australia kerana kekurangannya akan memberikan impak kepada beberapa industri terutamanya pelancongan.

Sumber: Astro Awani, Mashable SE Asia

 

Dalam banyak-banyak filem P. Ramlee, mana satu yang paling kau orang ingat.

Babak Epik Filem-Filem P. Ramlee

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.