KKM MySejahtera

KKM Tambah Penyakit Baharu Dalam MySejahtera

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bagi mereka yang berniat untuk ‘uninstall’ aplikasi MySejahtera dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sila tangguhkan niat tersebut dan cuba dulu ‘update’ ini.

KKM kini telah menambah ciri baharu yang dikenali sebagai Infectious Disease Tracker bagi membantu orang ramai mengesan lebih banyak penyakit berjangkit di kawasan yang berisiko.

Selain dari COVID-19, terdapat 4 lagi penyakit berjangkit baharu yang boleh dikenal pasti menggunakan aplikasi MySejahtera iaitu Anjing Gila (Rabies), Demam Campak (Measles), Denggi dan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).

Sila rujuk hantaran yang dibuat oleh KKM di laman Facebooknya ini untuk maklumat lanjut mengenai ciri baharu MySejahtera ini dan langkah-langkah untuk menggunakan serta memanfaatkannya.

KKM MySejahtera

KKM telah mengaktifkan ciri terbaru pengesanan penyakit berjangkit (Infectious Disease Tracker) dalam aplikasi MySejahtera bagi kes penyakit berjangkit di kawasan sekitar:

✔️ Penyakit COVID-19

✔️ Anjing Gila (Rabies)

✔️ Demam Campak (Measles)

✔️ Denggi

✔️ Kaki, Tangan & Mulut (HFMD)

Ciri ini boleh membantu orang awam untuk menjalankan aktiviti harian dan merancang perjalanan harian secara lebih berhati-hati selepas mengenal pasti kawasan berisiko dalam radius berbeza mengikut penyakit.

Semoga masyarakat dapat menggunakan aplikasi ini dengan sebaiknya supaya kes penyakit berjangkit di Malaysia dapat ditangani dengan lebih baik.

#SihatSejahteraSyawal

Apa pendapat anda mengenai ciri terbaharu MySejahtera ini? Mungkin anda juga ada cadangan buat KKM? Tinggalkan komen anda.

Sumber: Facebook KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA