Ujian Pengesanan Covid-19 Di Rumah

KKM Sediakan Perkhidmatan Ujian Pengesanan Covid-19 Di Rumah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selain melancarkan portal Khidmat Nasihat Virtual khusus untuk menangani kerisauan orang ramai mengenai wabak Covid-19 ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melancarkan pengambilan sampel COVID-19 di rumah bagi mereka yang ingin membuat ujian pengesanan penyakit itu tetapi tidak menepati kriteria pesakit dalam siasatan (PUI).

Perkhidmatan ini adalah kerjasama hospital dan pembekal perubatan swasta untuk membolehkan orang awam yang tidak mempunyai gejala menjalani ujian COVID-19 di rumah tanpa perlu hadir ke kemudahan kesihatan.

Antara hospital yang terbabit dengan perkhidmatan ini ialah Bookdoc, DoctorOnCall, Pantai Premier Pathology Sdn Bhd, Lablink (M) Sdn Bhd (KPJ), Qualitas Medical Group Sdn Bhd, Gleneagles Kuala Lumpur, Twin Tower Medical Centre KLCC, Pantai Hospital Kuala Lumpur, Pantai Hospital Cheras, Pantai Hospital Klang dan Pantai Hospital Ayer Keroh, Melaka.

Senarai hospital ini juga akan ditambah dari semasa ke semasa.

Difahamkan, perkhidmatan pengambilan sampel ujian Covid-19 di rumah ini tertakluk kepada caj antara RM600 dan RM700 yang dikenakan oleh pihak swasta.

Ujian Pengesanan Covid-19 Di Rumah

Orang awam boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan memuat naik aplikasi berkaitan bagi menentukan masa lawatan ke rumah bagi tujuan pengambilan sampel atau layari laman web syarikat berkenaan untuk maklumat lanjut,

Dalam pada itu, KKM turut menasihatkan orang awam mengenai kepentingan penjagaan kesihatan diri yang baik dan sekiranya bergejala, elakkan dari mengunjungi ke tempat awam.

Buat masa ini katanya, KKM kini sedang memantau rapat penularan wabak tersebut di Amerika Syarikat (AS), Perancis, Sepanyol dan switzerland.

Sebelum ini Malaysia menyekat sementara kemasukan pelawat dari China, Korea Selatan, Jepun, Itali dan Iran.

Sumber: BH