KKM Mahu Laksana PKP Bagi Tangani Gelombang Ketiga COVID-19, Tapi… 3

KKM Mahu Laksana PKP Bagi Tangani Gelombang Ketiga COVID-19, Tapi…

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Peningkatan kes harian bagi gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia yang mencecah empat angka nyata membimbangkan semua pihak.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebenarnya mahu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan wabak dalam gelombang ketiga ini.

Namun kerana kesan besarnya terhadap ekonomi negara menjadikan ianya digantikan dengan PKP Bersyarat (PKPB).

‘Work From Home’ PKPB, Ini Yang Perlu Anda Tahu 1
Sumber: The Conversation

Mei lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan sejak PKP mula dilaksanakan, Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM63 bilion dengan kerugian RM2.4 bilion setiap hari.

BACA: Jangkaan Kerugian Ekonomi Malaysia Sepanjang PKP Mencecah RM100 Bilion

Pada ketika itu beliau memberitahu sekiranya PKP diteruskan lagi dalam tempoh sebulan, jumlah keseluruhan kerugian yang dialami boleh mencecah RM98 bilion.

Selepas pelaksanaan PKP, kerajaan melaksanakan PKPB, PKP Pentadbiran (PKPP) dan PKP Diperketat (PKPD) bagi mengawal penularan yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

Dr Noor Hisham Doktor Terbaik Dunia
Sumber: Bernama

Setakat 29 Disember, Malaysia telah mencatatkan 108,615 kes dengan jumlah korban mececah 457 orang. Daripada keseluruhan kes, 86,715 daripadanya sudah sembuhnya menjadikan kes aktif yang ada adalah sebanyak 21,443.

Untuk pengetahuan anda, kes COVID-19 di Malaysia sudah pun melebihi China yang dikatakan sebagai negara terawal wabak dikenal pasti.

KKM Mahu Laksana PKP Bagi Tangani Gelombang Ketiga COVID-19, Tapi…

Sebelum ini, netizen mendakwa gelombang kedua yang berlaku di Malaysia pada akhir Mac lalu adalah berkemungkinan besar disebabkan oleh kes 136 yang merupakan seorang pelajar Malaysia yang belajar di Korea Selatan.

Bekerja sebagai freelance agen pelancongan, lelaki berusia 26 tahun itu kembali dari Korea Selatan pada 22 Februari dan menghadiri majlis ijtima’ di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 3 Mac.

Pada 3 Mac, beliau dikatakan mengalami simptom demam tetapi tetap meneruskan perjalanan ke luar negara pada 4 Mac sebelum pulang kembali ke Malaysia.