KKM Cadang Rentas Negeri Sempena Hari Raya Ditangguh 1

KKM Cadang Rentas Negeri Sempena Hari Raya Ditangguh

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Rentas negeri sempena hari raya dicadangkan tangguh?

Akhir Mac lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil kira pandangan pakar kesihatan awam sebelum memuktamadkan masa yang sesuai untuk membenarkan perjalanan rentas negeri dengan merangkumi enam petunjuk:

Penjawat Awam Palsukan Surat kebenaran Rentas Negeri

    1. situasi kes positif harian
    2. kes sembuh dan discaj
    3. trend dan kadar kebolehjangkitan
    4. kadar jumlah kematian
    5. keupayaan katil dan unit rawatan rapi (ICU)
    6. situasi semasa petugas kesihatan

Yang mana tarikhnya dijangka berlaku pada minggu kedua Aidilfitri, selepas majoriti kumpulan rentan menerima suntikan vaksin.

BACA: Cadangan: ‘Rentas Negeri Dibenarkan Selepas Minggu Kedua Aidilfitri’

Namun hari ini, pihak KKM menerusi Dr Adham Baba mencadangkan rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ditangguhkan.

Malah bazar Ramadan turut ditutup sekiranya terdapat jangkitan dipercayai daripada aktiviti bazar.

Sebelum ini media melaporkan pasangan instafamous yang tular merentas negeri ke Johor untuk berbulan madu dihukum penjara sehari dan masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Ia berikutan atas pertuduhan memberi maklumat bertulis palsu pada bulan lalu. Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, 24, yang memakai jubah kelabu manakala suaminya, Azharique Shah Abdul Jalil, 23, berjubah putih dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Terdahulu, gambar pasangan suami isteri itu tular dalam media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan sehingga dikecam netizen.

Berdasarkan keterangan beserta bukti dikemukan, didapati tiada tindakan diambil terhadap mereka yang mendapat kelulusan rentas negeri untuk urusan perniagaan.