KKM Cadang Bazar Ramadan Diadakan Secara ‘Drive-Thru’ Atau Pesanan ‘Online’ 1

KKM Cadang Bazar Ramadan Diadakan Secara Pandu Lalu Atau Dalam Talian

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) cadang agar bazar Ramadan diadakan secara drive-thru atau pun secara dalam talian.

Dalam tempoh masa kurang tiga minggu lagi, seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadan.

Akan tetapi, berkemungkinan besar kemeriahan yang ada semasa sambutan pada tahun-tahun sebelumnya tidak akan ada pada sambutan tahun ini.

Ini kerana, negara di dunia kesemuanya sedang bergelut dengan krisis pandemik kesihatan COVID-19 yang setakat ini sudah menjangkiti 203 buah negara dan satu kapal persiaran Jepun.

Dikhuatiri bakal menimbulkan gelombang ketiga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada mencadangkan alternatif lain bagi menggantikan bazar Ramadan, antaranya dilakukan secara e-bazar, bazar dalam talian atau pun bazar pandu lalu.

Langkah berkenaan boleh diambil bagi menghalang orang ramai untuk berhimpun dan tetap mengamalkan jarak sosial supaya tiada risiko jangkitan berlaku.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1878268535639687?__cft__[0]=AZUy7kuqhAOlwrue-Yfjb9n9xKjjKYmmISC3fxuHTRB5kEzznXAePunURpgMkjB4ITXiryr7TH8FfUR8RVsE6GzMGj3Y-CPBYPqqB9B6vuKp7H1s5AYCcf9SaVbKFpjV4R2ERNAZVpmCyffvD08-CXPm-NUL0_PndDh_1FI1417gHQ&__tn__=%2CO%2CP-R

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham memberitahu keputusan mengadakan bazar Ramadan mash belum dibuat dan taklimat bersama pihak berkuasa tempatan akan dilakukan esok berkenaan dengan hal berkenaan.

Sebarang keputusan yang dibuat akan berpandukan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara sebelum sebarang idea baharu diluluskan.

Bulan Ramadan dijangka akan disambut pada 23 April, seminggu selepas Perintah Kawalan Pergerakan berakhir pada 14 April ini.

covid-19

Ketika ditanya mengenai kepulangan ke kampung untuk sambutan Hari Raya aidilfitri, Dr Noor Hisham memberitahu masih terlalu awal untuk meramalkan sama ada penularan jangkitan ini boleh dikawal atau pun tidak, namun menurut data yang diperoleh, ianya menunjukkan tanda-tanda boleh dikawal.

Yang penting, semua daripada rakyat Malaysia perlu mematuhi kuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan agar jangkitan penularan dapat diputuskan.

Terdahulu, 16 Mac lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin  telah mengumumkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac telah dilanjutkan kepada 14 April dalam mengawalan penularan COVID-19.

Namun tempoh ini mungkin terpaksa dilanjutkan kepada dua bulan lagi sekiranya masih ada rakyat Malaysia yang berdegil enggan mematuhi perintah berkenaan.

BACA: Perintah Kawalan Pergerakan Mungkin Akan Dilanjutkan Dua Bulan Lagi – Pakar

Pakar virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar memberitahu kemungkinan itu tidak boleh ditolak apabila melhat rakyat masih lagi mengabaikan penjarakkan sosial serta tidak mengamalkan etika batuk dan bersih yang betul.

Sumber: Malaysia Insight