kk skybridge

KK Skybridge Menelan Belanja RM31.5 Juta Akhirnya Siap

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor meluahkan rasa lega apabila jejantas yang dikenali sebagai KK Skybridge yang menelan belanja RM31.5 juta akhirnya siap. Ianya adalah demi keselamatan serta keselesaan para penghuni kawasan sekitar serta pengunjung yang hadir di Kota Kinabalu.

kk skybridge

Sebelum ini, banyak kes kemalangan melibatkan pejalan kaki yang berlaku di sekitar kawasan ini. Dengan adanya jejantas ini, ia mampu menyelamatkan nyawa ramai pengguna jalan raya.

Jejantas ini bakal tersedia untuk digunakan dalam beberapa hari lagi.

Untuk rekod, pembinaan jejantas ini mengambil masa sehingga tiga pentadbiran negeri selama 4 tahun sebelum ianya siap akibat masalah daripada pemaju dan kontraktor.

Kerajaan negeri dilaporkan terpaksa menyuntik dana sebanyak RM4.7 juta ke dalam projek ini apabila pembinaannya terhenti. Dilaporkan, pemaju projek ini mengalami masalah kewangan apabila 90% kerja telah pun dijalankan.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan tentang kos dan kualiti KK Skybridge ini serta membuat perbandingan dengan Saloma Link.

BACA: Selain Pengangkutan Udara, Malaysia Pernah Ada Feri Penghubung Semenanjung Dan Borneo

Sumber: The Vibes