KJ Jumpa Veveonah Untuk Mohon Maaf, Namun Ini Pula Yang Dipersoal Netizen

Sumber: Twitter KJ

KJ jumpa Veveonah untuk mohon maaf, namun ini pula yang dipersoalkan netizen.

Biarpun sudah sekitar seminggu isu melibatkan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin berlaku, namun ianya masih menjadi topik bualan hangat di media sosial.

BACA: Dituduh Menipu Untuk Publisiti, Veveonah Diminta Saman Timbalan Menteri KKMM

Bermula dengan tuduhan daripada Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Zahidi Zainul Abidin hinggalah bersambung dengan tuduhan daripada Ahli Parlimen Kudat, Abdul Rahim Bakri, Veveonah seakan terus diasak oleh beberapa pihak.

Yang terbaharu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin (KJ) telah mengadakan pertemuan dengan Veveonah bagi melakukan permohonan maaf bagi pihak kerajaan yang terlibat dalam tuduhan tersebut.

KJ Jumpa Veveonah Untuk Mohon Maaf, Namun Ini Pula Yang Dipersoal Netizen 1
Sumber: Twitter KJ

Momen pertemuan yang dikongsi menerusi akaun Twitter peribadinya itu rata-ratanya mendapat pujian daripada netizen. Namun hantaran tersebut telah menimbulkan beberapa persoalan daripada netizen.

1. Ketidakhadiran Zahidi dan Abdul Rahim

Biarpun pihak yang bersalah sebenarnya adalah kedua-dua individu ini, namun yang datang memohon maaf bagi pihak kerajaan adalah pihak yang tidak terlibat iaitu KJ.

2. Permohonan maaf hanya wayang?

Biarpun sudah memohon maaf kepada Veveonah bagi pihak kerajaan, ada netizen yang mendakwa tindakan KJ jumpa Veveonah hanyalah wayang untuk mendapatkan undi dalam pilihan raya di masa akan datang.

BACA: Tuduh Veveonah Menipu, Netizen Mula Londehkan Kebenaran Kelulusan Zahidi

Semalam, Zahidi sekali lagi melakukan permohonan maaf di Dewan Negara semalam susulan mengeluarkan kenyataan mengelirukan berunsurkan tuduhan kepada Veveonah berhubung masalah capaian internet yang dihadapi beliau.