#KitaJagaKita Jika Terputus Bekalan Makanan Perlukan Bantuan Segera, Kibarkan Bendera Putih 2

#KitaJagaKita: Jika Terputus Bekalan Makanan & Perlukan Bantuan Segera Sepanjang PKP, Kibarkan Bendera Putih

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

27 Jun lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan diteruskan sehingga nilai ambang Pelan Pemulihan Negara (PPN) kurang 4,000 kes.

Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Tentang Pelaksanaan PKP 2.0 Bermula 13 Januari Ini

Dengan lanjutan PKP, maka semakin ramailah yang akan mengalami tekanan sama ada daripada segi emosi, fizikal mahu pun ekonomi biarpun umum mengetahui ia  adalah langkah untuk mencegah penularan menjadi lebih buruk.

BACA: Walaupun PKP Tamat, Malaysia Masih Perlu ‘Berperang’Hingga Tahun 2021

Susulan itu, ada yang mengambil inisiatif sendiri dengan memulakan gerakan bendera putih yang mana bagi menunjukkan rumah berkenaan sudah terputus bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera.

Menurut sumber Malaysia Dateline, kempen #BenderaPutih dikatakan sebagai lambang kemarahan dan kekecewaan rakyat kepada kegagalan kerajaan mengawal penularan wabak sehingga memberikan impak yang buruk kepada rakyat marhaen.

Umum sedia maklum, bendera warna putih menandakan berita duka iaitu orang yang meninggal dunia atau pun tanda menyerah kalah dalam peperangan.

Sebagai simbolik, bendera putih yang dikibarkan di musim PKP adalah tanda duka dan kalah dengan keadaan ekonomi yang mendesak sekarang.

Jika anda terputus bekalan makanan dan memerlukan bekalan makanan, sila kibarkan bendera putih di hadapan rumah anda.

#KitaJagaKita Jika Terputus Bekalan Makanan Perlukan Bantuan Segera, Kibarkan Bendera Putih
Sumber: Azzah AR

Memetik kata-kata netizen, “#BenderaPutih bukan bererti kalah, tapi jalan terakhir sebelum rebah.”