Hologram Call di Malaysia

Kita Mungkin Akan Ada ‘Hologram Call’ Apabila Rangkaian 5G Dilancar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Semakin meningkat tahun, semakin berkembang teknologi yang dicipta manusia untuk kepentingan sejagat.

Kita bakal menikmati teknologi baharu iaitu rangkaian mudah alih generasi kelima bagi menggantikan teknologi 4G. Rangkaian 5G mula diperkenalkan pada tahun 2009 dengan kelajuan 20 kali ganda daripada 4G.

Melalui pameran 5G Malaysia Showcase yang berlangsung bermula 18-21 April 2019 ini di Kompleks Perbadanan Putrajaya, pengunjung akan mengetahui sedikit sebanyak maklumat dan kegunaan yang lebih menyeluruh berkaitan rangkaian 5G. Ia bersempena sambutan ulang tahun ke-20 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Apa yang anda perlu tahu tentang rangkaian 5G ini?

5G bukan sekadar kelajuan data lebih tinggi dan keupayaan jaringan lebih meluas, malah ia turut menghubungkan berjuta-juta peranti, membina perkhidmatan baharu dan menyokong penggunaan aplikasi secara lebih meluas yang dapat memberi kesan positif kepada operasi perniagaan dan kerajaan serta aktiviti seharian pengguna.

Hologram Call di Malaysia
Sumber: Says

Malaysia bakal merasai rangkaian 5G apabila ujian mengenai spektrum Internet kelajuan tinggi dilancarkan pada Khamis. Maka, apa perkara yang kita lihat di filem sains fiksyen yang mungkin mustahil wujud di mata kita, kelak dapat menikmatinya.

Antara perkara yang dianggap mustahil apabila rangkaian 5G dilancarkan:

1. Realiti maya (virtual reality)

Teknologi 5G membolehkan panggilan video dibuat seara realiti maya dalam bentuk hologram. Ia tidak hanya memberi kelebihan kepada pengguna sahaja malah mampu diperluaskan dalam bidang perubatan dan pertanian.

Ini akan menjelmakan pelbagai lagi kemungkinan dalam cara kita berkomunikasi pada masa hadapan.

2. Kenderaan tanpa pemandu

Dengan kelajuan Internet yang bakal dibawakan oleh 5G, kenderaan tanpa pemandu yang diimiginasikan oleh pengeluar-pengeluar kereta seluruh dunia kini mampu berkomunikasi antara satu sama lain untuk memastikan ia tidak saling berlanggar serta faham tanda lampu lampu isyarat.

3. Pembedahan secara remote

Doktor yang melakukan pembedahan boleh menggunakan peralatan yang boleh dihubung capai menggunakan 5G untuk melakukan pembedahan kepada pesakit tanpa perlu berada di bilik pembedahan.

Doktor yang membedah pesakit juga boleh merasai tindak balas dari tubuh pesakit, jika ada.

4. Dron

Teknologi 5G membolehkan lebih banyak potensi dron seperti kemampuan pemandu dron untuk mengawalnya secara tepat terutama sekali ketika ia menghantar visual secara langsung.

Cyberjaya dan Putrajaya akan menjadi bandar pintar pertama di Malaysia yang menerima kemudahan teknologi 5G apabila ujian awal rangkaian perkhidmatan itu dilancarkan. Jadi, bagi sesiapa yang mahu mencuba teknologi 5G ini perlu mempunyai signal 5G di telefon pintar dan berada di dua kawasan itu.

Sumber: Astro Awani