
‘Kita Bukan 1970’ – Gambar Pelajar Meniti Jambatan Gantung Usang Cetus Kebimbangan Netizen
‘Kita Bukan 1970’ – Gambar Pelajar Meniti Jambatan Gantung Usang Cetus Kebimbangan Netizen
Di saat institusi persekolahan di kawasan bandar semakin maju seiring teknologi dan zaman, institusi persekolahan yang berada di kawasan yang belum mendapat kemudahan ini terutama di Sabah dan Sarawak masih lagi banyak tertinggal ke belakang.
Jika anak-anak anda masih lagi boleh dikira selesa berjalan kaki ke sekolah, anak-anak yang berada di kawasan pedalaman masih lagi perlu ‘bertarung’ nyawa setiap hari semata-mata demi menuntut ilmu.
Tular di media sosial beberapa keping gambar yang memperlihatkan pengorbanan pelajar yang perlu meniti jambatan gantung usang ke sekolah sekali gus mencetuskan kebimbangan netizen.
Imej tersebut dikongsikan oleh Bernama memaparkan kanak-kanak berpakaian sekolah sambil membawa beg bertarung nyawa ketika mereka cuba menyeberangi sebuah jambatan gantung usang yang telah rosak.
Kanak-kanak itu merupakan pelajar SK Sibugal Besar di Sandakan yang terpaksa menyeberangi jambatan usang berkenaan pada hari pertama sesi persekolahan.
Dapat dilihat pelajar-pelajar ini dengan penuh berhati-hati meniti jambatan tersebut yang sudah kehilangan sebahagian besar daripada papannya.

Rata-rata netizen memberi reaksi negatif dan berpendapat bahawa kanak-kanak pada era ini tidak sepatutnya mengharungi kepayahan sebegitu.
Ramai yang mempersoalkan bagaimana perkara seumpama itu masih berlaku di Malaysia dan meluahkan rasa marah terhadap pihak berwajib kerana gagal menyediakan infrastruktur yang sepatutnya kerana ia melibatkan nyawa.
“Ini bukan Demi Menuntut Ilmu, ini namanya MP TAK BUAT KERJA. Jangan normalkan amalan buruk bertunggangkan pelajaran atau agama. Ini salah dan selamanya salah. Kita bukan tahun 1970, ini 2022!”
Stop romanticising this. These kids risks their life to get basic human rights.
You should’ve center the discussion why after so many years of the formation of Malaysia, this is still happening? https://t.co/HUrPFb4ytu
— Nazira (@ieralee) January 10, 2022
Salah seorang nelayan di situ berkata, perkara yang merisaukan ialah keadaan sungai itu yang mempunyai buaya.
KPLB jawab isu jambatan usang
Rentetan isu tersebut, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) tampil memberi respon mengenai jambatan tersebut.
Menurut mereka, tindakan segera telah diambil bagi menangani perkara itu dan sedang memohon peruntukan kerajaan untuk membaiki sepenuhnya jambatan gantung berkenaan.
Untuk makluman, tiga pelajar cedera selepas terjatuh ketika menyeberangi jambatan gantung untuk mendapatkan rangkaian internet bagi mengikuti kelas dalam talian di Kampung Gusi, Ranau pada November 2020.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, ketiga-tiga pelajar dari SMK Ulu Sugut itu dikatakan bersama lima lagi remaja lain lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.