Puasa Dua Kali Setahun 2030

Kita Bakal Berpuasa Dua Kali Setahun Pada 2030, Ini Sebabnya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pada masa akan datang iaitu lapan tahun lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa sebanyak dua kali pada tahun 2030.

Perkara itu diramalkan oleh ahli astronomi Arab Saudi, Khaled al-Zaqaq menerusi video yang disiarkan di akaun Twitter rasminya.

Menurut sumber, perkara itu berlaku disebabkan fakta kalendar Hijrah Islam berdasarkan kitaran bulan, manakala kalendar Gregory menandakan laluan Bumi mengelilingi matahari.

Katanya, perbezaan antara dua-dua kalendar itu menyaksikan Ramadan jatuh dua kali dalam tahun Gregorian.

Bulan Ramadan pertama pada 2030, kata beliau, akan disambut sekitar 5 Januari iaitu pada 1451 Hijrah sementara sambutan bulan puasa kedua bagi tahun 1452 Hijrah pula dijangka jatuh pada 26 Disember 2030.

Perubahan ini akan berlaku setiap 30 tahun dengan kali terakhir adalah pada 1997 manakala sebelum itu, puasa dua kali disambut pada 1965.

Menurutnya, fakta itu menyaksikan umat Islam berpuasa 36 hari pada 2030, iaitu bulan penuh 30 hari untuk 1451 Hijrah dan enam hari untuk 1452 Hijrah.

Kalendar Hijrah berlangsung 354 atau 355 hari, bermakna ia tidak sejajar dengan kalendar Gregorian sebanyak 365 hari.

Ini juga membawa maksud Ramadan jatuh pada musim yang berbeza pada setiap tahun dan mengambil masa selama 32 tahun bagi melengkapan pusingan tersebut.

Puasa Dua Kali Setahun 2030

Situasi ini dijangkakan akan berlaku lagi pada tahun 2063.

BACA: Sejarah Sambutan Aidilfitri Awal Sehari Di Perak Dan Johor 37 Tahun Dahulu

Sumber: Al Arabiya News, Al Jazeera