Kit Ujian Pantas COVID-19 MyEG Adalah Palsu – KKM

MYEG Kit Ujian Pantas Covid-19 Palsu

Ketika wabak COVID-19 semakin meninggi di negara ini, MyEG menawarkan kit ujian pantas bagi mengesan virus berkenaan hanya pada harga RM99.

Menurut MyEG, kit ujian pantas itu dijangka membantu memendekkan tempoh mendapat keputusan kepada 30 minit tanpa perlu menghantar sampel ke makmal. Malah, ia tidak memerlukan pengambil sampel pada tekak atau hidung serta ujian ini hanya boleh dilakukan di rumah sahaja.

Melalui kit itu, virus boleh dikesan melalui sampel darah yang boleh diambil di hujung jari. Sampel itu kemudiannya diletakkan pada jalur ujian untuk mengesan kehadiran antibodi IgM dan IgG yang biasanya dihasilkan antara tiga hingga tujuh hari selepas jangkitan.

Jadi, kit ini hanya bersesuaian untuk saringan kes disyaki dan kumpulan berisiko tinggi, terutama dalam kalangan pelancong atau mereka yang baru pulang dari negara berisiko.

MYEG Kit Ujian Pantas Covid-19

Sebaran tentang info ini telah menarik perhatian ramai kerana tawaran harganya dan pengesanan ujian yang begitu cepat berbanding kaedah yang digunakan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, laman Facebook rasmi KKM mengatakan kit yang dijual MyEG ini adalah palsu.

Namun, KKM tidak menyatakan dengan lebih lanjut apakah perkara yang palsu mengenai kit berkenaan. Sama ada ia tidak berfungsi seperti diiklankan atau kerana masih belum menerima kelulusan dari pihak mereka.

Ini adalah berita palsu! Jangan kongsi atau tularkan berita palsu ini!

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, March 17, 2020

MyEG mungkin berani mengeluarkan kit berkenaan kerana kata mereka ia dibangunkan syarikat China dan sudah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan China serta digunakan secara meluas di sana.

Harap MyEG memberi penjelasan lanjut tentang perkara ini agar tidak mengelirukan orang ramai.

Info terkini:

Berdasarkan kenyataan MyEG, kit ujian pantas COVid-19 sedang menunggu kelulusan pensijilan oleh KKM. Dengan pemfailan peraturan, laporan ujian dan sijil pematuhan merupakan dokumen penting yang telah ditepati, kit ujian berkenaan mendapat kebenaran oleh pihak berkuasa berkaitan kesihatan di China dan Eropah, di mana ianya telah digunakan secara meluas.

Berikutan kecemasan pandemik ini, kebanyakan negara menerima ‘Declaration of Conformity’, laporan perubatan klinik dan dokumen sokongan yang lain. Berikutan itu, MyEG kini bekerjasama bagi menerima pra-pesanan (yang boleh dikembalikan sepenuhnya) untuk memastikan ketersediaan dari rakan kongsi kami, sebuah firma bio perubatan di China agar kami mempunyai bekalan yang mencukupi sebaik sahaja pensijilan diterima. Jika semua faktor berkenaan tidak diterima, semua pra-pesanan akan dikembalikan sepenuhnya.