Kisah Ketua Yakuza Yang Berasal Dari Terengganu 6

Kisah Yakuza Tanah Melayu Yang Berasal Dari Kuala Terengganu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Yakuza atau gokudo merupakan satu sindiket kumpulan jenayah terancang di Jepun yang juga dikenali sebagai mafia Jepun disebabkan persamaan yang ada.

Digelar sebagai boryokudan oleh pihak polis dan media Jepun, ahli yakuza menggelarkan diri mereka sebagai ninkyo dantai (organisasi bahaduri).

Walaupun asal usul organisasi yakuza tidak dapat dipastikan, ada satu kisah menarik yang menceritakan mengenai sejarah yakuza yang berasal dari Terengganu, Malaysia.

Digelar sebagai Ketua Yakuza Melayu, Tani Yutaka merupakan seorang pemuda Jepun yang dilahirkan di Minami-ku, Fukuoka, Jepun.

Kisah Ketua Yakuza Yang Berasal Dari Terengganu
Tani bersama ahli keluarganya

Membesar di Tanah Melayu bersama keluarganya, Tani kemudiannya kembali ke Jepun untuk menyambung pengajian sebelum kembali semula ke Kuala Terengganu bagi menjalankan perniagaan gunting rambut.

Dikelilingi dalam masyarakat Melayu yang mengamalkan budaya Melayu, Tani kemudiannya memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohd Ali bin Abdullah. Malah beliau dan keluarga amat fasih berbahasa Melayu dengan loghat Terengganu.

Kisah Ketua Yakuza Yang Berasal Dari Terengganu 1
Rumah kedai milik keluarga Tani Yutaka di Terengganu.

Mengambil alih perniagaan keluarga dengan membuka kedai runcit Yamada & Co, keluarga Tani menjadi mangsa kebencian kaum Cina terhadap keluarga Jepun di Tanah Melayu disebabkan tindakan Jepun menyerang China di Manchuria pada tahun 1931.

Protes demi protes berlangsung sehinggalah kemuncaknya premis perniagaan keluarga mereka dibakar dan kakaknya, Shizuoka menjadi mangsa rogol dan dibunuh dengan cara dipancung oleh kumpulan protes ini.

Berdendam dengan mereka yang melakukan kekejaman terhadap adiknya, Tani menanam tekad mahu menjadi gangster dan digelar sebagai Harimau Malaya.

Kisah Ketua Yakuza Yang Berasal Dari Terengganu

Ada yang mendakwa geng Yakuza diketuai Tani ini menggunakan nama yang sama dengan nama kedai milik keluarganya iaitu Yamada & Co.

Kisah Ketua Yakuza Yang Berasal Dari Terengganu 7

Ada juga yang mendakwa geng Yamada yang pernah membuat kemunculan dalam filem Hong Kong, Young & Dangerous diilhamkan daripada kumpulan Tani ini.

Daripada 50,000 ke 300,00 ahli kumpulan yakuza ini rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu dan Siam. Kumpulan ini bukan sahaja aktif menyerang beberapa geng dan usahawan Cina yang bersekongkol dengan British, tetapi juga pihak berkuasa Inggeris kerana pembunuh kakaknya dibebaskan.

Hasil rompakan jenayah akan diedarkan kepada orang Melayu miskin yang tinggal di kawasan luar bandar.

Kisah Ketua Yakuza Yang Berasal Dari Terengganu 4
Paling kiri Tani Yutaka.

Biarpun ada kisah yang menyatakan kumpulan Harimao ini aktif melakukan jenayah, namun tiada dokumen yang mencatatkan mengenainya ditemui.

Sebelum Perang Dunia Kedua, Tani dikatakan pernah bertugas sebagai ejen pengintip untuk Jepun dan ditugaskan untuk melakukan sabotaj pada usaha perang Inggeris.

Meninggal dunia pada 17 Mac 1942 di Singapura dan dikebumikan di Japanese Cementrial Park, ada beberapa versi mengenai kisah pemergian Tani. Antaranya:

  1. Terbunuh dalam misi sabotaj sebuah empangan di Johor
  2. Meninggal disebabkan kecederaan atau wabak malaria kerana terlalu lama terdedah dengan iklim hutan tropika.

Di Tanah Melayu nama Tani Yutaka tidak berapa popular, namun di Jepun popularitinya memang tidak dapat disangkal sehinggakan namanya diabadikan di Kuil Yasukuni walaupun beliau sudah pun memeluk agama Islam.

Kisah beliau juga dijadikan sebagai filem dan buku – Harimao (1989) dan Marai no Tora (1943).

Sumber:

  1. Amir Asyraf
  2. WZWH
  3. Hasrul Hassan