Wanita Mesir Menyamar Jadi Lelaki 43 Tahun

Kisah Wanita Mesir Menyamar Sebagai Lelaki Selama 43 Tahun Untuk Sara Keluarga

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Wanita Mesir Menyamar Sebagai Lelaki Selama 43 Tahun Untuk Sara Keluarga.

Kisah ini pernah tular sehingga mendapat perhatian kerajaan Mesir.

Wanita yang dikenali sebagai Abu Daooh menghabiskan hampir separuh hidupnya dengan menyamar sebagai lelaki.

Di sebalik penyamaran selama 43 tahun, tersimpan kisah yang sangat memilukan bagi dirinya.

Kisahnya bermula ketika Daooh berusia 21 tahun, mengandung anak perempuan pertamanya.

Namun ketika anaknya berusia 6 bulan, suaminya meninggal secara mengejut. Daooh perlu menyara anaknya seorang diri dan sebagai seorang yang baru berstatus ibu ia adalah suatu perkara yang merumitkan lebih-lebih lagi ketiadaan orang tersayang.

Ramai menasihati Daooh berkahwin lagi bagi menjaga anaknya, namun Daooh enggan berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya.

Di sisi lain, Daooh menghadapi tekanan sosial, dalam komuniti konservatif, yang mana perempuan sangat terdedah hidup dalam bahaya, dan risiko penderaan seksual.

Namun dia tetap perlu memberi makan untuk anaknya dan dia perlu bekerja. Tetapi kerana dia adalah seorang wanita yang dianggap lemah, amat sukar baginya mencari pekerjaan.

Nekad untuk mencari pendapatan, Daooh mencukur rambutnya dan berpakaian lelaki dan mula mencari pekerjaan.

Pada usia mudanya, dia bekerja di kuari memecah batu yang mana kekuatan tenaganya sama seperti lelaki.

Apabila keluarga mengetahui penyamarannya, dia dimarahi namun Daooh tetap terus melakukan pekerjaaan lelaki untuk menyara kehidupan.

Kemudian, dia bekerja di sektor pembinaan dan melakukan pekerjaan berat seperti mencampur dan mengangkat simen dan semakin berusia dia diberi pekerjaan lebih ringan.

Apabila usia meningkat, Daooh melakukan pekerjaan yang lebih ringan, menjadi tukang kasut.

Wanita Mesir Menyamar Jadi Lelaki 43 Tahun

“Sukar bagi seorang wanita untuk melepaskan kewanitaannya, tetapi saya melakukan apapun untuk anak perempuan saya. itulah satu-satunya cara untuk menghasilkan wang,” katanya.

Apabila anak perempuannya sudah berkahwin, dia berhenti melakukan penyamaran. Namun, suatu hari menantunya jatuh sakit dan tidak mampu bekerja.

Jadi, Daooh terpaksa kembali bekerja dengan menyamar semula sebagai lelaki. Pada tahun 2015, kisah Abu Daooh mulai dikenal masyarakat dan kerajaan turut memberi penghargaan kepadanya.

Kerajaan Mesir memberi sijil penghargaan kepada Daooh atas pengorbanannya sebagai ibu dan turut diberi kedai untuk menjalankan perniagaan membaiki dan mengilat kasut.

Wanita Mesir Menyamar Jadi Lelaki 43 Tahun

Selama 43 tahun menyamar sebagai lelaki, Daooh menjalani kehidupan lebih baik. Disebabkan sudah terbiasa dengan penyamaran yang begitu lama, dia masih mengekalkan identiti sebagai lelaki ketika bekerja.

Sumbe: Aceh.tribunnews