Veveonah Dapat Perhatian Dunia

Kisah Veveonah Dapat Perhatian Seluruh Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kisah pelajar jurusan Asasi Sains dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin, 18, yang sanggup tidur di atas pokok semata-mata untuk menjalani peperiksaan secara dalam talian kini mendapat perhatian perhatian dunia.

Seorang YouTuber terkenal Filipina, Erwan Heussaff membongkar kehidupan sebenar Veveonah sebagai pelajar paling berusaha meskipun tinggal di kawasan pedalaman yang mempunyai akses terhad berbanding di kawasan lain.

Video berdurasi 4 minit 24 saat itu dimuat naik di laman Facebook Erwan Heussaff yang telah mendapat lebih 20 ribu perkongsian dan lebih 3.5 juta tontonan di seluruh dunia. Video bertajuk ‘Most Hardworking Student’ tersebut diletakkan dalam content Asia’s Superhuman dalam memaparkan kelebihan dan keistimewaan negara-negara di Asia.

Ia memaparkan kehidupan sebenar Veveonah bersama keluarganya yang hanya tinggal di dalam kawasan pedalaman di mana berdepan dengan masalah mendapatkan capaian internet. Perkara tersebut menyukarkannya untuk menerima atau menghantar e-mel.

Veveonah turut mengatakan bahawa tanpa internet dia kemungkinan akan gagal dalam peperiksaan dalam talian. Masalah tersebut telah menyebabkan dia nekad untuk ke kawasan yang lebih tinggi bagi mendapatkan capaian internet.

Atas Pokok Untuk Internet
Sumber: FB/ Youtube

Pada awalnya, dia telah membina sebuah pondok kecil di kawasan berdekatan baginya untuk berehat sementara tidak menjawab peperiksaan. Malangnya, pondok tersebut telah dimusnahkan oleh hujan dan kilat.

Namun ia bukan penghalang kerana dia mencari peluang dengan menyediakan peralatan peperiksaan seperti alat tulis, telefon pintar dan kelambu nyamuk untuk tinggal di dalam hutan.

Kisahnya itu turut dikagumi seorang Vlogger terkenal, Nas Daily yang memuji kecekalan Veveonah yang mana bukan semua orang mampu melakukan itu sepertinya.

Apa yang boleh disimpulkan, walaupun di dalam negara isu ini menjadi kontroversi apabila melibatkan pihak politik, tetapi lihatlah Veveonah semakin dikenali di serata dunia.

https://www.facebook.com/erwanheussaffofficial/posts/3384939901544362

Sumber: Erwan Heussaff