Kisah Rumah Yang Dikaburkan Buat Selamanya Di Google Maps 5

Kisah Rumah Yang Dikaburkan Buat Selamanya Di Google Maps

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tahukah anda, ada sebuah rumah yang sehingga kini dipadamkan (dikaburkan) daripada Google Maps

Terletak di 2207, Syemour Avenue, Cleveland, ada kisah mengapa rumah ini dipadamkan dari aplikasi peta milik Google.

BACA: Kisah Lelaki Yang Berjaya Miliki Rumah Hanya Dengan Tukaran Satu Klip Kertas

Dalam tempoh 10 tahun iaitu sekitar tahun 2002 hingga 2013, pemilik rumah, Ariel Castro dikatakan telah menculik, merogol dan menyiksa tiga orang gadis. Jenayah Ariel terbongkar selepas ketiga-tiga gadis ini temui jalan keluar dari rumah tersebut.

Kisah Rumah Yang Dikaburkan Buat Selamanya Di Google Maps 3
Sumber: Wikipedia

Pada 6 Mei 2013, kesemua mangsa dikatakan menolak pintu kediaman dan menjerit sehingga didengari jiran-jiran Ariel.

Susulan daripada itu, Ariel ditahan dan dikenakan penjara seumur hidup (1,000 tahun) dengan tuduhan kesalahan jenayah sebanyak 977 namun telah membunuh diri dengan menjerut lehernya menggunakan kain cadar pada tahun yang sama beliau ditangkap.

Rumah yang menjadi lokasi Ariel melakukan jenayah juga dirobohkan pihak berkuasa pada Ogos 2013 atas permintaan penduduk setempat dengan alasan ianya membawa satu memori ngeri kepada mereka.

Sebelum melakukan jenayah, Ariel telah berkahwin pada tahun 1992 dan berpindah ke rumah yang menjadi sarang jenayahnya. Kelakuan yang pada awalnya baik berubah kepada ganas.

Kisah Rumah Yang Dikaburkan Buat Selamanya Di Google Maps 4

Isterinya kerap dipukul dan diseksa sehingga mengalami beberapa kecederaan parah seperti patah tulang hidung, tulang rusuk dan tulang lengan.

Empat tahun kemudian, pasangan ini akhirnya bercerai. Bekas isteri Ariel kemudiannya membawa keempat-empat anak hasil perkongsian hidup mereka jauh dari kawasan tersebut.

Pada tahun 2002, mangsa pertama iaitu Michelle diculik ketika berusia 21 tahun. Dua tahun kemudia, Ariel menculik mangsa keduanya, Amanda yang pada ketika itu berusia 17 tahun dan mangsa ketiga, Gina yang merupakan rakan kepada anak Ariel telah diculik pada tahun 2004.

Kisah Rumah Yang Dikaburkan Buat Selamanya Di Google Maps 1

Ariel yang bekerja sebagai pemandu bas sekolah telah dipecat atas beberapa kesalahan termasuklah melakukan u-turn di kawasan yang tidak dibenarkan dengan kehadiran kanak-kanak di dalam bas, menggunakan bas untuk kegunaan peribadi dan meninggalkan kanak-kanak di dalam bas semasa makan tengah hari.

Selepas daripada diselamatkan

Selepas diselamatkan, ketiga-tiga mangsa mendapat dana mencecah USD1 juta bagi memulakan hidup baru.

Michelle yang terlampau trauma dengan kejadian tersebut telah mengubah namanya kepada Lily. Kesan daripada seksaan yang berterusan, Michelle tidak mampu untuk mengandung.

Manakala Gina pula memilih menjadi sukarelawan yang bergiat aktif mencari kanak-kanak yang hilag diculik.

Amanda pula kini dikatakan sedang bekerja sebagai kakitangan di pejabat media Fox yang melaporkan kes-kes penculikan.

Kisah jenayah difilemkan

Pada tahun 2015, kisah jenayah Ariel ini diadaptasi ke dalam sebuah filem yang bertajuk Cleveland Abduction lakonan Raymond Cruz sebagai Ariel, Taryn Manning sebagai Michelle, Katie Sarife sebagai Gina dan Samantha Droke sebagai Amanda.

Kisah Rumah Yang Dikaburkan Buat Selamanya Di Google Maps 2
Sumber: Amazon