Kisah Perjanjian Antara Penduduk Sungai Kesang Dengan Buaya

Tahukah anda sebenarnya ada kisah perjanjian di antara penduduk Sungai Kesang dengan buaya yang tinggal di sana?

Beberapa hari ini tular mengenai keadaan persekitaran Sungai Kesang yang tenang dah jernih susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sehingga ada beberapa individu yang berani melakukan ‘pencerobohan’ dengan bermandi manda di sana.

Jangan sangka air yang tenang tiada buaya.Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka…

Posted by ODISI on Monday, June 15, 2020

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Itu pepatah sesuai diungkapkan mengenai Sungai Kesang.

Penduduk di kawasan Sungai Kesang percaya perjanjian yang telah dibuat antara penduduk terdahulu dengan buaya yang tinggal di sana menjadikan keduanya mempunyai hubungan baik.

Meskipun telah wujud sejak sekian lama di sana, buaya yang tinggal di sana tidak pernah dianggap sebagai ancaman kerana tidak pernah mengganggu penduduk, dan anggaran awal buaya yang mendiami kawasan sungai tersebut adalah sebanyak 100 ekor dengan kepanjangan sekitar dua meter.

Kisah Perjanjian Antara Penduduk Sungai Kesang Dengan Buaya 3

Kisah yang sudah lama berlaku itu dikatakan bermula apabila nelayan telah membantu anak buaya yang tersangkut di jaring. Kerana bantuan tersebut, buaya dewasa telah berjanji tidak akan mengganggu nelayan yang akan menangka ikan.

Pada Mei 2019, Pengerusi Pertubuhan Pengurusan Sumber Perikanan Kesang, Rosman Selamat berkata kewujudan buaya di sana tidak menggusarkan nelayan setiap kali ke laut kerana reptilia itu tidak pernah mengganggu penduduk.

Meskipun kelibatnya dilihat, reptilia tersebut tidak memberikan ancaman dan buat penduduk yang membesar di sana, kehadiran haiwan tersebut seolah-olah sebati dalam kehidupan mereka. Malah ada yang melarikan diri sebaik sahaja terdengar bunyi enjin bot seakan menghormati nelayan yang hendak ke laut dan akan timbul namun tidak mendekat apabila mereka mematikan enjin.

Namun kata Rosman, fenomena tersebut sudah terhenti sekitar empat ke lima tahun dahulu. Buaya-buaya itu kini seakan berubah sikap apabila habitatnya di hulu Sungai Kesang musnah selepas kawasan tersebut terlibat dengan projek pengairan.

Jika dahulu berpuluh-puluh biji telur buaya dan kelibat buata dapat dilihat di kawasan hulu sungai, tengah sungai antara sempadan Kesang dan Merlimau, Melaka, namun kini habitat baharu reptilia itu tidak lagi diketahui.

Keadaan tersebut telah menimbulkan kebimbangan kerana reptilia tersebut dikatakan sering berlegar sehinggalah di kawasan berhampiran jeti.

Kisah Perjanjian Antara Penduduk Sungai Kesang Dengan Buaya 2
Sumber: Bernama

Susulan itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah memasang papan tanda amaran sebagai peringatan kepada orang ramai termasuk pengunjung yang gemar melakukan aktiviti riadah di jeti tersebut.