
Kisah ‘Oyen’ Yang Dilantik Menjadi Datuk Bandar Untuk Tempoh 20 Tahun
Tahukah anda, seekor kucing pernah memegang jawatan sebagai Datuk Bandar di sebuah bandar kecil di Alaska selama 20 tahun?
BACA: Kenali Satu-Satunya Kucing Bijak Yang Memiliki Kertas Kajian Saintifik Sendiri
Kucing berwarna oren yang dikenali sebagai Stubbs ini secara rasminya memegang jawatan tertinggi di bandar Talkeetna, Alaska yang didiami kurang daripada 900 orang penduduk.
Pada tahun 1997, pemilihan Datuk Bandar di Talkeetna tidak dipedulikan masyarakat setempat kerana ketiadaan calon yang layak untuk memimpin.

Pada masa yang sama, seorang pengurus General Store, Lauri Stec tela mengambil seekor anak kucing tanpa ekor dari kotak pembuangan dan memberikannya nama Stubbs.
Bermula dari situ, seorang bintang politik dilahirkan. Stubbs dipilih menjadi Datuk Bandar.
Disayangi pelbagai pihak, populariti Stubbs bukan sahaja meningkat dalam kalangan penduduk setempat, malah juga di seluruh dunia.
“Stubbs tidak menaikkan kadar cukai – tiada cukai jualan dan tiada campur tangan dalam perniagaan kami. Dan beliau jujur.”
Menjadikan General Store sebagai pejabat, Stubbs dibiarkan bebas melawat ‘kawasan tadbirannya’.
Namun pada tahun 2012, Stubbs diserang seekor anjing dan mengalami kecederaan yang agak parah; jantung yang tertusuk, luka yang dalam dan patah tulang dan selamat.
Empat tahun kemudian, Stubbs disahkan meninggal dunia di usia 20 tahun. Legasi pentadbiran Stubbs kemudiannya disambung Denali, adiknya.
Untuk pengetahuan anda, lantikan Datuk Bandar daripada kalangan bukan manusia adalah sesuatu yang biasa dilakukan di kawasan bandar-bandar kecil.
BACA: Gli ‘Pergi’Selepas Hampir 16 Tahun Bergelar Penjaga Hagia Sophia
Sumber: