Kisah Lelaki Yang Berjaya Miliki Rumah Hanya Dengan Tukaran Satu Klip Kertas 4

Kisah Lelaki Yang Berjaya Miliki Rumah Hanya Dengan Tukaran Satu Klip Kertas

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dengan hanya tukaran satu klip kertas, seorang lelaki berjaya memiliki rumah impiannya. Percaya atau tidak? Ini kisah lelaki tersebut.

BACA: Wanita Jepun Belanja RM7 Sehari Miliki 3 Buah Rumah Selepas 16 Tahun

Penulis blog Kanada, Kyle MacDonald memikirkan cara paling mudah untuk beliau dapatkan sebuah rumah idamannya adalah dengan menukarkannya dengan satu klip kertas.

Terinspirasi dengan permainan video kanak-kanak Bigger, Better, Kyle menghasilkan satu laman web yang memparkan siri projek pertukaran tersebut dengan nama One Red Paperclip.

14 Julai 2005

Tukaran pertama Kyle merupakan satu klip kertas berwarna merah dengan pen berbentuk ikan di Vancouver.

Kisah Lelaki Yang Berjaya Miliki Rumah Hanya Dengan Tukaran Satu Klip Kertas 3
Sumber: Colloq

Pada hari yang sama, Kyle membuat pertukaran pen tersebut dengan tombol pintu dari Seattle, Washington yang diukir dengan menggunakan tangan.

25 Julai 2005

Kyle pergi ke Amherst, Massachusetts bersama rakannya untuk melakukan pertukaran tombol pintu dengan dapur khemah jenama Coleman bersama dengan bahan bakar.

24 September 2005

Kyle pergi ke California dan menukar dapur khemah tersebut untuk sebuah mesin penjana Honda.

16 November 2005

Kyle pergi ke Maspeth, Queens dan menukar mesin Honda tersebut dengan satu perjanjian ‘pesta segera’; mengisi tong kosong dengan alkohol pilihan.

Pertukaran ini merupakan cubaan kedua selepas mesin penjana tersebut ditahan seketika oleh Jabatan Bomba New York.

8 Disember 2005

Kyle menukar pesta segera kepada pelawak Quebec, Michel Barrette dengan sebuah motosikal luncur salji jenama Ski-Doo.

Sekitar 15 Disember

Sekitar seminggu kemudian, Kyle menukarkan motosikal tersebut untuk percutian dua orang ke Yahk, British Columbia bagi tarik Februari 2006.

7 Januari 2006

Kyle menukar satu tiket atau tempat percutian tersebut untuk sebuah lori barang.

22 Februari 2006

Kyle menukar lori untuk kontrak rakaman bersama Metalworks di Mississauga, Ontario.

11 April 2006

Kyle menukar kontrak tersebut kepada penulis dan penyanyi Amerika, Jody Gnant untuk menyewa selama setahun di Phoenix, Arizona.

26 April 2006

Kyle menukarnya dengan satu temu janji bersama penyanyi lagenda Amerika, Alice Cooper.

26 Mei 2006

Kyle menukar temu janji tersebut dengan sebuah glob salji kumpulan rock Amerika, KISS.

2 Jun 2006

Kyle menukar glob tersebut kepada pengarah, Corbin Bernsen untuk memegang satu watak dalam filem Donna on Demand.

5 Julai 2006

Kyle menukar watak tersebut dengan sebuah rumah ladang dua tingkat di Kipling, Saskatchewan.

Kisah Lelaki Yang Berjaya Miliki Rumah Hanya Dengan Tukaran Satu Klip Kertas 1
Sumber: James Hong

Dengan hanya 14 tukaran bermula dengan satu klip kertas, Kyle berjaya mendapatkan rumah impiannya. Kisah ‘kejayaan’ Kyle ini telah mendapat perhatian yang luas daripada media antaranya BBC.

Malah kisah ini telah dibukukan dan diterbitkan oleh syarikat penerbitan Ebury Press. Kyle turut dipanggil pihak TEDx untuk memberikan ucapan mengenai kisah pertukarannya.