Tok Guru Nik Aziz 2

Kisah Ketokohan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Bakal Didokumentarikan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Walaupun sudah empat tahun meninggalkan kita, figura yang diberi nama Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah hilang dalam ingatan umat Islam. Seakan baru semalam beliau pergi, Allahyarham Nik Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan itu sepertinya tetap hidup dan dekat dengan kita.

Bagi mengenang ketokohan dan pemikiran Allayarham yang lebih mesra digelar Tok Guru itu, Sabri Yunos seorang sutradara kelahiran Kelantan sedang menjalinkan kolaborasi dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dalam menerbitkan dokumentari mengenai Allahyarham.

Sabri yang menjalankan beberapa kajian sendiri bagi mendapatkan maklumat penting mengenai Allahyarham, antaranya melalui pembacaan, temu ramah orang terdekat dan menonton beberapa filem berkaitan tokoh agama yang lain.

Tok Guru Nik Aziz

Mengakui bahawa usaha penghasilan dokumentari ini bukanlah sesuatu yang mudah, Sabri percaya karya itu mampu dipersembahkan dengan cara yang unik dan tidak pernah disentuh sebelum ini.

Allahyarham Nik Aziz meninggal dunia pada jam 9.40 malam hari Khamis (12 Februari 2015) selepas menerima rawatan selama 25 hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) akibat kanser prostat.

Sumber:YADIM