Kisah Kesusahan Penyanyi Lagenda To’ki Dapat Perhatian Ebit Lew

Kisah Kesusahan Hidup Penyanyi Lagenda To’ki Dapat Perhatian Ebit Lew

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kisah kesusahan hidup To’ki.

Selepas daripada kejadian studio miliknya dirompak pada tahun 2013, penyanyi, To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansor, 53 tahun hilang punca pendapatan dan hidup dalam serba kekurangan.

BACA: 10 Cawangan Pasar Raya Harga Termurah Di Pasaran Milik Ebit Lew Akan Dibuka Bulan Hadapan

Beberapa kali kisahnya disiarkan media, To’ki pernah bercerita bahawa beliau pernah tiada duit untuk membeli beras sehinggakan ada yang menuduhnya mengambil barang terlarang dadah susulan daripada imej tidak terurusnya menjadi tular meskiun sudah berhenti mengambilnya sejak lebih 20 tahun lalu.

Biarpun kini hanya berteduh di sebuah pondok kecil yang dibina sejak tiga tahun lalu dan mula mentap bersama isteri tercinta, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48 tahun sejak setahun lalu, To’ki bersyukur kerana sekurangnya mereka masih lagi memiliki tempat untuk berlindung.

Meskipun hanya berteduh di pondok kecil berada di pinggir hutan Batu 12 Gombak, Selangor, ini tidak bermakna mereka tidak bahagia dan sekali pun tidak pernah menyesali takdir serta mengeluh dengan nasib yang menimpa.

Kisah kesusahan yang dihadapi To’ki kemudiannya mendapat perhatian daripada pendakwah bebas, Ebit Lew yang segera ke lokasi To’ki.

Kisah Kesusahan Penyanyi Lagenda To’ki Dapat Perhatian Ebit Lew 1
Sumber: FB Ebit Lew

Dalam satu perkongsian, Ebit Lew yang terkenal dengan kerja-kerja amal membantu golongan yang kesusahan kelihatan sebak mendengar kisah To’ki dan berjanji akan membantu To’ki daripada segi bekalan air dan kelengkapan rumah.

https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/posts/3315477708482451?__xts__%5B0%5D=68.ARAYyoiDURGmq6tLfluflqwwN9QhyPvhvO0rkohEbFJyRGSDS9QCEPbKNJFck0AvSRjyAYydb9oPzEUgbDHhq08FYCcpP4CvNahGcfka1jeCGPzjUBtMX_FAciACgaTCVw22wbsS6c-bH0vB0phNWRZLJ2_MZq11k6s5X-oJtn5cVsi8seJTrGHSYdQIHsSQ0JvwBCD_RyBvy1Dg__eRqzy5ReUL8TF6UyqbW4SIg1dnd4R_DuW-xYnRC2QcN8GoDql-H_-JxP2HBvRVvF9ggUDkc9-jxc5cQJJ2Tm3pcs6dcxrsLTbKGOpD2aoNWq-1Qu40jsFCznOgvoIcYGLp9TiqtA&__tn__=-R

Pada tahun 2019, To’ki pernah cedera ditikam dalam cubaan samun di Taman Daya, Kepong selepas selesai membeli perkakasan melukis di pusat beli-belah Selayang Mall.

Sumber: Astro Awani