Mamee

Kisah Kejayaan Pengasas Mamee – Semuanya Bermula Dari Cetusan Inspirasi Penoreh Getah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pengasas jenama ikonik Mamee Monster, Datuk Pang Chin Hin meninggal dunia pada usia 96 tahun hujung minggu yang lalu.

Walaupun produk Lucky Instant Noodle keluaran syarikatnya pernah gagal, mendiang terus bangkit sehingga akhirnya berjaya mencipta empayar perniagaan snek terkenal di seluruh dunia.

Lebih banyak lagi kisah pahit manis kejayaan Datuk Pang Chin Hin telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Azizul Zairi melalui hantarannya berikut yang boleh dijadikan sebagai contoh positif selok-belok bidang perniagaan. Jom sama-sama kita ikuti perkongsiannya ini.

Mamee

Pengasas Mamee Bermula Dari Cetusan Inspirasi Penoreh Getah ! ♨️

Kalau hari ini kita terasa lelah dengan dugaan kerja dan perniagaan, luang 2 minit untuk hayati kisah jatuh bangun sebuah jenama empayar perniagaan yang sangat berjaya ini.

Rasa umur dah terlewat untuk berjaya❓️

Pengasas empayar snek makanan ini bermula di usia 45 ❗️

Pengasas Mamee-Double Decker Sdn Bhd, Datuk Pang Chin Hin telah meninggal dunia pada usia 96 tahun.

✅️ Mendiang menubuhkan Pacific Food Product Sdn Bhd di Melaka pada 1971, sebuah kilang kecil untuk mengeluarkan mee segera. Dan produk pertama mereka adalah mee segera jenama Lucky. Pada 1992 mereka menukar nama syarikat kepada Mamee.

PERNAH TERFIKIR BAGAIMANA NAMA “MAMEE” MUNCUL❓️

✅️ Ia adalah terbitan istilah endearing untuk ibu “MOMMY” sebagai mewakili hubungan emosi yang paling kuat.

✅️ Ramai tidak tahu sebenarnya mendiang Datuk Pang bermula sebagai seorang penjual kereta second hand.

Walaupun tidak berpengalaman, dengan bantuan sahabatnya yang telah memberi sokongan, beliau memilih untuk menceburi pasaran industri mee segera.

Demi mengukuhkan perniagaannya yang baru dibina ketika itu, beliau menghantar anaknya, Tan Sri Pang Tee Chew ke Jepun untuk meneruskan pengajian dan berkerja di kilang mee segera yang ternama untuk menimba pengalaman.

Di Jepun, Tan Sri Pang Tee Chew telah dilatih dalam bidang pemprosesan makanan.

KEJAYAAN TIDAK BERGOLEK DATANGNYA. HAMPIR MUFLIS ❗️

✅️ Setelah anaknya pulang dari Jepun, beliau telah mengambil alih pemasaran syarikat tersebut ke kawasan pendalaman dan kedai kecil. Sementara mendiang Datuk Pang memberi fokus pada operasi.

✅️ Ketika itu wujud persaingan yang sangat dahsyat di pasaran dari Cintan dan Maggi.

✅️ Bank dan pelabur mereka terpaksa menghentikan segala pembiayaan kerana jualan syarikat yang semakin merosot. Tambahan lagi, pasangan ayah dan anak itu turut ditipu oleh rakan kongsi mereka.

❗️Ketika itulah beliau memerhatikan penoreh getah di kawasan pendalaman. Pada waktu mereka di kebun, mereka hanya menikmati mee segera tanpa dimasak, tidak mempunyai dapur atau sumber api ❗️

✅️ Disitulah bermula cetusan ilham untuk mereka mengubah jenama mee segera mereka kepada snek yang sedia untuk dimakan. Mereka bangkit dan tidak pernah berputus asa. Dengan kegigihannya, beliau berjaya mendapat sokongan dari bank industri.

✅️ 1974, lahirnya “Mamee” dan raksasa biru yang sudah disukai ramai pada hari ini.

Mamee diperbadankan pada 3 Ogos 1991 dan telah disenaraikan di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada 18 Mac 1992. Mamee-Double Decker telah delisted daripada Bursa Malaysia pada Januari 2012. [wikipedia]

Kini Mamee-Double Decker mempunyai lebih daripada 50 item pada menunya.

Jenama seperti Mamee Chef, Mister Potato dan Monster telah menjadi nama terkenal di kebanyakan negara.

BACA: Colonel Sanders KFC Rugi Besar Di Akhir Hayatnya – Kesilapan Yang Semua ‘Founder’ Patut Elakkan

Sumber: Azizul Zairi