Kisah Kecurian Otak Albert Einstein 4

Kisah Kecurian Otak Albert Einstein Yang Dipotong Kecil Selama Hampir 50 Tahun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Nama Albert Einstein terkenal sebagai seorang ahli fizik teragung pada abad ke-20.

Dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang fizik pada tahun 1921, tahukah anda otak beliau pernah dicuri?

Kisah Kecurian Otak Albert Einstein 2

Meninggal dunia pada 18 April 1955, Albert Einstein ada meninggalkan wasiat khusus bagaimana beliau mahu dikebumikan.

Tidak memberi kebenaran untuk jasadnya disembah serta otaknya dijadikan bahan kajian, beliau memberitahu mereka yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan jasadnya supaya urusan pengebumiannya dilakukan secara diam-diam bagi mencegah mereka yang taksub.

Walau bagaimanapun, seorang pakar patalogi, Dr. Thomas Harvey yang dipanggil untuk menguruskan bedah siasat ke atas jasadnya tidak mengikuti wasiat tersebut telah mencuri otak Albert Einstein.

Motif kecurian bukanlah kerana taksub dengan mendiang, sebaliknya hanya mahu menyimpan dengan tujuan mengkajinya sebagai satu bahan tinggalan sejarah yang penting; bagaimana otak seorang genius seperti Albert Einstein ‘berfungsi’.

Kisah Kecurian Otak Albert Einstein 3

Akan tetapi alasan Dr Harvey dinafikan Pengarah Arkib Albert Einstein, Honach Gutfreund yang mengatakan otak setiap manusia sememangnya berbeza antara satu sama lain.

Sepanjang dicuri, otaknya dengan berat sekitar 1.36kg itu ditempatkan di dalam beberapa bekas antaranya balang, kotak penyejuk bir dan juga Tupperware.

Kisah Kecurian Otak Albert Einstein 1

Selain daripada otak, mata Albert Einstein juga dicuri sebelum diserahkan kepada Dr Henry Abrams, doktor mata mendiang semasa hidupnya.

Hampir 50 tahun bersama otak yang dicuri, Dr Harvey dibuang kerja, lesen perubatannya ditarik, ditinggalkan isteri dan memiliki reputasi yang buruk disebabkan kejadian.

Baaimanapun otaknya dipulangkan semula kepada Hospital Princeton sebelum beliau dilaporkan meninggal dunia pada tahun 2007.

Kini otaknya yang sudah dipotong kecil dalam bentuk slaid mikroskopik sudah pun menjadi salah satu koleksi Muzium Mutter di Philadelphia bersama nota tulisan tangan Thomas Harvey.

Kisah Kecurian Otak Albert Einstein

Kejadian kecurian yang disifatkan sebagai salah satu skandal gelap perubatan ini menjadi inspirasi kepada sebuah kumpulan heavy metal, Attic of Love – Topik untuk menghasilkan lagu Stealing Einstein’s Brain.

Sumber:

  1. Wikipedia
  2. National Geographic
  3. Rai Illani
  4. Best of Life

BACA: William James Sidis: Pengakhiran Sadis Individu Dengan IQ Tertinggi Di Dunia