
Kisah Kapal Terbang Yang Elok ‘Terparkir’ Di Hadapan Sebuah Rumah Di Cheras
Sebut sahaja Taman Connaught rata-rata yang tahu akan terbayang mengenai kapal terbang yang elok terparkir di hadapan sebuah rumah di Cheras ini.
Jangan kata anda pernah ke Taman Connaught, Cheras sekiranya anda tidak pernah terlihat ‘monumen’ kapal terbang unik ini.
Terkenal sebagai sebuah lokasi wajib dilihat sekiranya ke Cheras, sebuah pesawat yang diletakkan di bahagian atas pintu pagar sebuah rumah kediaman di Taman Connaught ini menarik perhatian orang ramai kerana dekorasinya yang lain daripada lain.
Menurut seorang penduduk tempatan, pemilik rumah yang masih tinggal di situ pernah mempunyai angan-angan untuk memiliki sebuah pesawat.
BACA: Syarikat Ini Sediakan Perkhidmatan Penerbangan Palsu Buat Mereka Yang Mengidam ‘Travel’
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, beliau kemudiannya diperkenalkan dengan seseorang yang mahu menjual pesawatnya daripada rakannya.
Menjadi simbol kepada kejayaan menggapai impiannya, pemilik rumah tersebut kemudiannya meletakkan pesawat tersebut di hadapan rumahnya yang sehingga kini menjadi peringatan kepada segala kerja kerasnya.
Sebelum ini, rumah bekas Menteri Besar Pahang di Kampung Pekan Lama, Pahang menjadi tumpuan selepas beberapa buah batu nisan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Dinasti Qing sekitar abad ke-17 hingga ke-20 ditemui.
Berdasarkan data awal, Kurator Unit Arkeologi Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Noridayu Bakry berkata ini membuktikan bahawa negeri Pahang pernah menjadi lokasi tumpuan pedagang dari China.
BACA: Batu Nisan Dinasti Qing Ditemui Di Rumah Bekas Menteri Besar Pahang
Bahan yang digunakan dalam pembuatan batu nisan berkenaan ialah tidak menggunakan batu konkrit sebaliknya menggunakan batu granit.
Malah teknologi lama yang digunakan menyebabkan saiz setiap satunya berbeza; panjang antara 75.5cm hingga 122cm dan lebar antara 33.5cm hingga 47.4cm.
Menurut penghuni rumah, Norhazlinda Abdul Rahman, kewujudan jirat kecil itu hanya disedari pada minggu lalu selepas suaminya meminta bantuan rakannya untuk memotong rumput di kawasan rumahnya.