
Kisah Iwan Menang Kes Saman Penerbit Muzik Selepas OST Filem ‘Mann’ Didapati Plagiat Lagunya
Filem Mann antara filem lakonan Aamir Khan yang paling memberikan kesan kepada penonton.
Namun mendengarkan salah satu lagu yang popular dalam filem ini iaitu Tinak Tin Tana pasti mengingatkan rakyat Malaysia pada satu lagu dangdut nyanyian Iwan, Yang Sedang Sedang Saja.

Untuk pengetahuan anda, ia memang digubah daripada lagu berkenaan.
Susulan digubah tanpa kebenaran, Iwan telah bertindak memfailkan saman kepada individu yang bertanggungjawab, Sanjeev-Darshan yang juga merupakan atas kejadian ini.
Iwan menang saman berkenaan.
Selain daripada lagu berkenaan, filem Mann ini banyak menimbulkan kontroversi selepas enam daripada lapan lagu di dalamnya diambil daripada lagu-lagu popular dunia.
1. Kali Nagin Ke Jaisi mengambil lagu Ya Rayah nyanyian Dahmane El Harrachi pada tahun 1973.
2. Nasha Yeh Pyar Ka diambil daripada lagu Itali nyayian Toto Cutugno iaitu L’Italiano pada tahun 1983. Lagu ini sudah memiliki beberapa versi bahasa seperti Finlandia, Israel, Brazil, Perancis dan Vietnam.
3. Khushiyan Aur Gham mengambil lagu daripada kumpulan penyanyi Itali, Ricchi e Poveri yang bertajuk Come vvorrei daripada album pada tahun 1981.
4. Chaha Hai Tujhko diambil daripada lagu Tamil Edho Oru Paatu daripada filem tahun 1998, Unnidathil Ennai Koduthen.
5. Kehna Hai Tumse mengambil lagu kumpulan rock, Jars of Clay bertajuk Liquid! Surprisingly!
Sebelum ini, ODISI pernah melaporkan penyanyi Ed Sheeran yang berdepan dengan tuduhan menciplak beberapa melodi artis lain dalam lagu Shape of You.
Mula dikenali dengan lagu bergenre pop, folk pop dan hip hop seperti ‘Thinking Out Loud’, ‘Perfect’ dan Shape of You’, Ed Sheeran berdepan dengan tuduhan menciplak lagu yang menyebabkan royalti untuk salah sebuah lagu popular beliau ditahan.
Baca lanjut mengenainya di: Ed Sheeran Berdepan Tuduhan Ciplak Beberapa Melodi Artis Lain Dalam Lagu ‘Shape Of You’