
Kisah Inspirasi Watak Mr. Bean Yang Tercetus Dari Halangan Sukar Rowan Atkinson
Rowan Atkinson dilahirkan dalam keluarga kelas pertengahan dan melalui kesukaran bertutur atau gagap ketika waktu kecil.
Dia juga pernah diusik dan dibuli di sekolah kerana paras rupanya. Ramai yang mengejek dan menggelar dirinya yang dikatakan seperti makhluk asing.
Dia juga turut digelar sebagai pelik serta menjadi seorang kanak-kanak yang sangat pemalu, pendiam serta tidak mempunyai ramai kawan.
Oleh yang demikian, dia lebih gemar menyelami dunia sains, jelas salah seorang gurunya. Tidak ada sesiapa yang menganggapnya sebagai luar biasa dan tiada sesiapa yang menyangka dia boleh menjadi seorang saintis yang cemerlang, tetapi dia telah membuktikan semua orang salah.
Ketika menuntut di Universiti Oxford, dia mula jatuh cinta dengan dunia lakonan tetapi tidak berupaya membuat persembahan dengan baik kerana kesukarannya bertutur.
Dia berjaya mendapat Master dalam bidang Kejuruteraan Elektrik sebelum muncul dalam mana-mana filem atau rancangan TV.
Selepas menamatkan pengajian, dia memutuskan untuk sekali lagi mengejar impiannya menjadi seorang pelakon.
Oleh yang demikian, dia mengambil keputusan untuk mendaftar dalam satu kumpulan komedi tetapi sekali lagi, kegagapannya menjadi menghalang.
Banyak rancangan TV menolaknya dan dia berasa hancur seolah-olah berputus asa selepas menemui kegagalan demi kegagalan.
Namun, dia tidak pernah berhenti mempercayai dirinya. Dia mempunyai semangat yang tinggi untuk membuat orang ketawa dan tahu bahawa dia sangat mahir dalam bidang itu.
Dia kemudiannya mula memberi tumpuan yang lebih pada sketsa komedi yang diciptanya sendiri dan tidak lama kemudian menyedari bahawa dia boleh bercakap dengan fasih setiap kali dia memainkan beberapa watak tersebut.
Dia akhirnya menemui cara untuk mengatasi kegagapannya dan dia juga berhasrat untuk menggunakan inspirasi tersebut dalam lakonannya.
Maka lahirlah watak aneh yang dikenali sebagai Mr. Bean.
Meskipun dia juga akhirnya turut berjaya dalam beberapa rancangan yang lain, Mr. Bean menjadikannya terkenal di seluruh dunia.
Di sebalik banyak halangan dan rintangan yang dihadapinya terutama sekali dari segi penampilan dan gangguan pertuturannya, Rowan Atkinson berjaya buktikan bahawa meskipun tanpa berbadan sasa atau berwajah Hollywood, sesiapa pun boleh menjadi salah seorang pelakon yang paling disayangi dan dihormati di seluruh dunia.
Kisah kejayaan motivasi Rowan Atkinson ini telah memberi inspirasi dan mengajar orang ramai bahawa untuk berjaya dalam hidup, perkara yang paling penting ialah semangat, kerja keras, dedikasi dan tidak pernah berputus asa, tanpa mempedulikan apa jua halangan dan kelemahan.
Tidak ada sesiapa pun yang dilahirkan sempurna. Setiap orang boleh mencapai perkara yang menakjubkan setiap hari walaupun mereka mempunyai pelbagai kelemahan dan pernah beberapa kali menemui kegagalan.
BACA: Rowan Atkinson Dedah Letih Dan Stres Bawa Watak Mr Bean
Sumber: The HR Diary
Trending now



